Terdapat 94 berita berdasarkan kata kunci carian " gaji minimum"

Semakin Ramai Golongan Berpendapatan Rendah Mula Rancang Persaraan Pada 2025 - RinggitPlus

PETALING JAYA, 1 Okt (Bernama) --Platform perbandingan kewangan RinggitPlus melaporkan terdapat kemajuan menggalakkan berkaitan pengurusan kewangan dalam kalangan rakyat berpendapatan rendah apabila semakin ramai yang mengambil langkah untuk mencapai jaminan kewangan jangka panjang.

Ringgit Dijangka Cecah 4.08 Menjelang Akhir 2025 - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Ringgit diunjurkan mengukuh kepada 4.08 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir tahun ini, disokong oleh kestabilan makroekonomi Malaysia, pembaharuan yang sedang dilaksanakan serta peralihan pelabur daripada aset AS, menurut Kenanga Investment Bank (IB) Bhd.

Ekonomi Kekal Kukuh Tatkala OPR Tidak Berubah Pada 2.75 Peratus

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) --  Berikut adalah transkrip wawancara Bernama menerusi e-mel dengan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Belanjawan 2026 Perkukuh Reformasi Perumahan - Amir Hamzah

PUTRAJAYA, 4 Sept (Bernama) -- Dalam merangka Belanjawan 2026 kerajaan turut meneliti mekanisme sokongan untuk memperkukuh reformasi perumahan, dengan tumpuan khusus kepada inisiatif memperluas akses kepada perumahan mampu milik, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Sime Darby Motors Sasar Kerugian Berakhir Pada TK2026

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Sime Darby Motors Sdn Bhd menjangkakan kerugian dialaminya akan berakhir pada tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2026 (TK2026), didorong oleh langkah-angkah konsolidasi atau penyusunan semula cawangan di China.

Kerajaan Komited Teruskan Inisiatif Pembaharuan Fiskal - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) --  Kerajaan komited meneruskan inisiatif pembaharuan fiskal termasuk Strategi Hasil Jangka Sederhana (MTRS) untuk menambah baik kutipan hasil dan semakan semula perbelanjaan awam bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan perbelanjaan.

Jualan Merdeka Dijangka Pacu Pertumbuhan TIV Automotif Ogos 2025

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Jumlah keseluruhan industri (TIV) sektor automotif Malaysia bagi Ogos 2025 dijangka kukuh berbanding Julai, dipacu oleh jualan agresif sempena sambutan Merdeka.

Firma Penyelidikan Naikkan Unjuran Pertumbuhan KDNK 2025 Kepada 4.2-4.3 Peratus

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Firma penyelidikan menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tahun 2025 kepada 4.2 peratus dan 4.3 peratus berikutan pengembangannya sebanyak 4.4 peratus pada suku kedua 2025 (S2 2025).

Ekonomi Malaysia Berkembang 4.4 Peratus Suku Kedua 2025, Dipacu Permintaan Domestik Kukuh

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 4.4 peratus pada suku kedua 2025 bersamaan pertumbuhan 4.4 peratus pada separuh pertama 2025, didorong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh.

Kerajaan MADANI Perkukuh Dasar Negara Menerusi Kerangka Ekonomi MADANI -- PM Anwar

KUALA LUMPUR, Julai 31 (Bernama) -- Kerajaan MADANI mengorak hala tuju dasar negara dengan berani dan  tuntas menerusi penggubalan kerangka Ekonomi MADANI yang berpaksikan kepada kemampanan, kesejahteraan rakyat serta tatakelola berintegriti.  

Eco-Shop Catat Pendapatan, Perolehan Lebih Tinggi Pada Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Eco-Shop Marketing Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM204.32 juta bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Mei 2025, meningkat daripada RM177.28 juta pada tahun sebelumnya.

Harga MSM Dijangka Kekal Stabil Pada Separuh Kedua 2025 - PIVB

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Public Investment Bank Bhd (PIVB) mengekalkan unjuran neutral terhadap sektor perladangan, dengan harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal stabil pada separuh kedua 2025, dengan julat dagangan antara RM4,000 dan RM4,300 satu tan.