Terdapat 3321 berita berdasarkan kata kunci carian " had"

Malaysia Catat Inflasi Keseluruhan 1.4 Peratus, Teras 2 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Inflasi keseluruhan dan inflasi teras Malaysia bagi 2025 masing-masing mencatat purata 1.4 peratus dan 2 peratus, berbanding 1.8 peratus pada 2024, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah pada Jumaat.

TNB, PKNS Bekerjasama Melalui TNEC Dan PFMI Bangunkan, Kendali Sistem Penyejukan Berpusat Di Shah Alam

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), melalui anak syarikat masing-masing TNB Engineering Corporation Sdn Bhd (TNEC) dan PKNS FM Integrated Sdn Bhd (PFMI), memeterai kerjasama strategik untuk membangunkan dan mengendalikan Sistem Penyejukan Berpusat di Seksyen 14, Shah Alam, Selangor.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Meningkat Seiring Prestasi COMEX

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Dagangan niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan aliran peningkatannya pada akhir urus niaga Khamis, seiring dengan prestasi dicatatkan di pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Kebimbangan Pengukuhan Ringgit Jejaskan Permintaan

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, terjejas oleh kebimbangan bahawa pengukuhan ringgit melemahkan permintaan.

Singapura Bentang Belanjawan 2026 Bagi Memacu Usaha Memperbaharui Strategi Ekonomi

SINGAPURA, 12 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong hari ini membentangkan Belanjawan 2026, dengan tumpuan kepada meningkatkan usaha memperbaharui strategi ekonomi negara.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini.

Pasaran Getah Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Khamis, dalam persekitaran harga minyak mentah bercampur-campur, mencerminkan pengukuhan ringgit dan prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau yang lemah, kata peniaga.

KWAP Lancar Jana MyPesara Bantu Pesara Urus Perniagaan Lebih Teratur

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) hari ini melancarkan Jana MyPesara dengan peruntukan RM20 juta sebagai pembiayaan mikro untuk membantu pesara mengurus dan menjalankan perniagaan dengan lebih teratur. 

Daya Maju Komersial, Komitmen Pembeli Tenaga Penting Bagi Aspirasi Tenaga Hijau - TNB

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Hala tuju tenaga hijau di rantau ini yang berwawasan di bawah inisiatif Grid Tenaga ASEAN (APG) perlu disokong bukan sahaja melalui infrastruktur malah daya maju komersial bagi menjadikan aspirasi di peringkat serantau dapat dilaksanakan, kata Ketua Pegawai Grid Tenaga Nasional Bhd (TNB) Hasmarizal Hassan.

Kee Ming Sasar Pertumbuhan Dalam Sektor TBB, Pusat Data Dalam Tempoh Terdekat

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Kee Ming Group Bhd yang membuat penampilan sulung di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini menyasarkan pertumbuhan berterusan dalam sektor tenaga boleh baharu (TBB), kemudahan ketersambungan dan voltan tinggi (HV), pembangunan pusat data serta reka dan bina projek perindustrian dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Lebih 14.6 Juta Rakyat Terima Manfaat BUDI95 Setakat 11 Feb - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Lebih 14.6 juta rakyat telah menikmati harga petrol RON95 bersubsidi di bawah program Budi MADANI RON95 (BUDI95) setakat 11 Februari 2026, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.