Terdapat 61 berita berdasarkan kata kunci carian " harga saham"

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, mencerminkan prestasi lemah semalaman Wall Street. 

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) memulakan dagangan Rabu dengan meningkat seketika sebelum susut, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang bercampur-campur ketika pelabur terus meneliti data inflasi Amerika Syarikat (AS).

Ringgit Meningkat Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada Isnin berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu rendah, didorong oleh sentimen berhati-hati daripada Rizab Persekutuan AS mengenai kadar faedah dan perkembangan baharu perdagangan berkaitan China yang menyokong mata wang tempatan, kata penganalisis.

Bina Puri Sedia Beri Kerjasama Penuh Dalam Siasatan Aktiviti Dagangan

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Bina Puri Holdings Bhd menyatakan pihaknya bersedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan ke atas aktiviti dagangan luar biasa melibatkan sahamnya, serta beberapa syarikat lain.

MSB Global Mula Disenaraikan Di Pasaran ACE, Tarif AS Beri Impak Minimum

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- MSB Global Group Bhd berkata tarif Amerika Syarikat (AS) akan memberi kesan minimum kepada operasi perniagaan syarikat berikutan rantaian bekalan dan tumpuan pasaran syarikat itu masih tertumpu terutamanya di Asia.

Saham Petronas Gas Turun 1.30 Peratus Susulan Kebakaran Saluran Paip Gas

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Harga saham Petronas Gas Bhd (PGB) turun sebanyak 1.30 peratus pada awal dagangan hari ini selepas kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Selangor, menyebabkan kerosakan teruk dan penduduk di kawasan yang terjejas dipindahkan.

Harga Saham Dayang Enterprise Meningkat Selepas Peroleh Kontrak Petronas Carigali

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Harga saham Dayang Enterprise Holdings Bhd meningkat pada awal dagangan hari ini selepas memperoleh tiga kontrak pesanan kerja daripada Petronas Carigali Sdn Bhd.

Tarif Regasifikasi Dan Pengangkutan Yang Rendah Tingkat Daya Saing Pemain Gas

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd berkata tarif yang dikurangkan untuk pengangkutan dan regasifikasi dapat meningkatkan daya saing pemain gas, melonjakkan pendapatan eksport dan merangsang aktiviti ekonomi sepanjang tahun. 

Pelaburan Dalam Sapura Energy Oleh MDH Untuk Bayar Vendor Tempatan - PNB

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Pelaburan oleh Malaysia Development Holdings Sdn Bhd (MDH) dalam Sapura Energy Bhd (SEB) akan digunakan secara eksklusif untuk membayar pembekal (vendor) tempatan, tanpa memberi manfaat kepada mana-mana pemegang saham SEB atau pemiutang kewangan sedia ada, menurut Permodalan Nasional Bhd (PNB).

Saham Kerjaya Prospek Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Harga saham Kerjaya Prospek Group Bhd susut pada sesi dagangan awal hari ini walaupun anak syarikat milik penuhnya telah memperoleh kontrak kedua tahun ini.

Jualan Singkat Saham NationGate Digantung Sepanjang Hari Ini

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd mengumumkan jualan singkat harian (IDSS) untuk NationGate Holdings Bhd telah digantung sepanjang hari ini.

Jualan Singkat Harian Saham Yew Lee Pacific Digantung Sepanjang Hari

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd mengumumkan bahawa jualan singkat harian (IDSS) untuk Yew Lee Pacific Group Bhd telah digantung sepanjang hari.