Terdapat 2075 berita berdasarkan kata kunci carian " indeks"

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Semasa Akhir Sesi Dagangan Pagi

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi pada Isnin, susulan aktiviti pembelian berterusan dalam beberapa kaunter perkhidmatan kewangan dan perladangan terpilih.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada hari dagangan pertama Mei, disokong oleh aliran masuk asing bersih yang berterusan dan diperkukuh oleh tinjauan positif Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) terhadap prospek ekonomi Malaysia.

Bursa Malaysia Dijangka Diniagkan Dalam Jajaran Kecil Antara 1,700 Dan 1,730 Minggu Depan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam mod jajaran kecil dengan kecenderungan berhati-hati antara paras 1,700 hingga 1,730 minggu depan.

IOI Properties Sedia Sertai FBM KLCI Dalam Semakan Jun -- CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- IOI Properties Group Bhd berkemungkinan menggantikan Sime Darby Bhd sebagai satu daripada 30 konstituen FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) dalam semakan separuh tahunan akan datang oleh FTSE Russell dan Bursa Malaysia, menurut seorang penganalisis.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Kebanyakannya Rendah

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup kebanyakannya rendah pada Khamis walaupun prestasi pasaran tunai stabil.

Belian Saat Akhir Pacu Bursa Malaysia Meningkat, Harga Minyak Dorong Saham Tenaga

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Aktiviti belian di saat-saat akhir memacu peningkatan indeks utama Bursa Malaysia yang mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih tinggi, sekali gus mengatasi penyusutan awal ketika lonjakan harga minyak merangsang sentimen bagi kaunter saham berkaitan tenaga dan kimia.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari ini berikutan pelabur mengambil keuntungan selepas mencatatkan kenaikan baru-baru ini, dengan aktiviti jualan dilihat di kaunter utiliti, perkhidmatan kewangan dan teknologi.

Dolar AS/Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Julat 3.95-4.05 Dalam Tempoh Terdekat - Apex Securities

KUALA LUMPUR, 30 April  (Bernama) -- Apex Securities menjangkakan gandingan dolar AS/ringgit akan diniagakan pada julat 3.95-4.05 dalam tempoh terdekat.

Bursa Malaysia Diniagakan Tidak Menentu Susulan Ketegangan Di Asia Barat Dan Harga Minyak Tinggi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan tidak menentu pada awal dagangan dengan sentimen pelabur berhati-hati berikutan ketidaktentuan luaran, termasuk ketegangan di Asia Barat dan harga minyak yang tinggi selepas tindakan mengejut Emiriah Arab Bersatu (UAE) keluar daripada Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Pengambilan Untung Di Kaunter Berkaitan Minyak

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu apabila pelabur mengambil untung di kaunter berkaitan minyak selepas Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilaporkan memutuskan untuk keluar daripada Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah Seiring Prestasi Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, sejajar dengan prestasi pasaran tunai. 

Tindakan UAE Jejas Sentimen Pelabur, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan awal pagi Rabu dengan lebih rendah, menjejaki prestasi serantau ketika sentimen pelabur terjejas susulan laporan tindakan Emiriah Arab Bersatu (UAE) keluar daripada Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutu OPEC+.