24hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) hari ini melancarkan kemudahan pembiayaan baharu bagi membantu negara-negara di Asia dan Pasifik membangunkan rantaian bekalan mineral kritikal yang diperlukan bagi tenaga bersih, bateri, kenderaan elektrik dan teknologi digital.
27hari ago
KOTA KINABALU, 29 April (Bernama) -- Kerajaan negeri Sabah menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji keperluan melaksanakan subsidi bersasar sebagai usaha membantu sektor yang terkesan akibat kenaikan harga minyak global, kata Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Masidi Manjun.
28hari ago
LABUAN, 29 April (Bernama) — Majlis Penasihat Perbadanan Labuan sebulat suara menyokong cadangan bagi membina sebuah kilang penapisan minyak di pulau berkenaan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menggesa perniagaan tempatan supaya fokus terhadap pelaksanaan dan bukan sekadar cita-cita inovasi kerana kecerdasan buatan (AI) dan teknologi lain yang berkembang pesat memendekkan tempoh masa diperlukan untuk menukarkan idea kepada hasil praktikal yang sedia untuk pasaran.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 26 April (Bernama) -- Cabaran ekonomi global semasa yang dipengaruhi ketegangan geopolitik memerlukan Malaysia menyesuaikan semula keutamaannya dalam suasana ketidaktentuan yang semakin meningkat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) sedang meneroka pembangunan mekanisme berkaitan karbon secara berperingkat menerusi pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), termasuk menilai kesesuaian model kredit karbon yang selaras dengan konteks industri sawit negara.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Wartawan Perkhidmatan Berita Ekonomi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Zufazlin Baharuddin, telah terpilih menyertai Program Residensi Khazanah (KRP) Wolfson Press Fellowship 2026 anjuran Khazanah Nasional Bhd.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Malaysia komited untuk mencapai sasaran sebanyak 32 peratus kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) terpasang pada tahun ini, menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) telah menyelesaikan cadangan pemerolehan Bukit Jalil Sentral Property Sdn Bhd (BJSP) selepas melunaskan baki pertimbangan pembelian berjumlah RM1.42 bilion secara tunai.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) – Program Pelaburan Nasional (NIP) anjuran Bursa Malaysia akan meningkatkan literasi pelabur dan menyokong pertumbuhan ekonomi jangka panjang dengan menggalakkan penyertaan yang lebih berasaskan maklumat dalam pasaran modal, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
1bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia yang meningkat sedikit kepada 1.7 peratus pada Mac 2026, masih terkawal dan bersifat sementara dengan kenaikan itu sebahagian besarnya didorong oleh faktor kos luaran dan bukannya daripada permintaan domestik yang menyeluruh.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) hari ini mengumumkan bahawa Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani telah melantik Tan Sri Dr Soh Thian Lai sebagai Pengerusi Majlis Perniagaan Asia Timur (EABC) Malaysia.