BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Kelantan The Real Warriors FC  1-2 Selangor FC   | Piala Malaysia: UM-Damansara United 0-2 Terengganu FC | 

Terdapat 32 berita berdasarkan kata kunci carian " kerugian bersih"

Petronas Chemicals Catat Kerugian Bersih Suku Pertama RM18 Juta Meskipun Perolehan Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM18 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (S1 2025).

Pharmaniaga Yakin Akhiri Status PN17, Dipacu Operasi Berdaya Tahan Dan Strategi

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Pharmaniaga Bhd kekal yakin dapat mengakhiri status Nota Amalan 17 (PN17), didorong oleh operasi perniagaan berdaya tahan serta strategi pemulihan yang menyokong kestabilan kemajuan kewangannya.

Sapura Energy Kembali Raih Untung, Catat Untung Bersih RM189.53 Juta Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Sapura Energy Bhd kembali meraih keuntungan dengan mencatat keuntungan bersih sebanyak RM189.53 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Jan, 2025, berbanding kerugian bersih sebanyak RM508.66 juta setahun lepas.

Top Glove Berada Di Landasan Capai 43 Bilion Jualan Menjelang Akhir Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran jumlah jualan sebanyak 43 bilion helai sarung tangan menjelang akhir tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2025, didorong oleh peningkatan pesanan dan peningkatan kecekapan operasi.

Top Glove Kembali Pulih Raih Untung Bersih RM30.28 Juta Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd kembali mencatatkan keuntungan dengan keuntungan bersih sebanyak RM30.28 juta pada suku kedua yang berakhir 28 Feb, 2025, berbanding kerugian bersih RM51.20 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Kerugian Bersih Berjaya Corp Mengecil Kepada RM88.68 Juta Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Kerugian bersih Berjaya Corporation Bhd pada suku kedua yang berakhir 31 Dis, 2024 mengecil kepada RM88.68 juta berbanding RM120.77 juta pada tahun lepas.

Axiata Group Kembali Raih Keuntungan Dengan Untung Bersih RM946.82 Juta 

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Axiata Group Bhd kembali mencatatkan keuntungan selepas meraih keuntungan bersih sebanyak RM946.82 juta bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis 2024 daripada kerugian bersih RM1.99 bilion pada tahun kewangan 2023.

MSM Catat Untung Bersih RM31.25 Juta Pada Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM) mencatatkan keuntungan bersih RM31.25 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 (TK2024) berbanding kerugian bersih RM49.88 juta pada tahun kewangan 2023.

Malakoff Kembali Untung Bagi Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Malakoff Corporation Bhd kembali mencatatkan keuntungan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 dengan keuntungan bersih RM268.69 juta berbanding kerugian bersih RM837.16 juta pada tahun kewangan 2023.

Dialog Catat Rugi Bersih RM129.49 Juta Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Dialog Group Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM129.49 juta pada suku kedua yang berakhir 31 Dis, 2024, berbanding keuntungan bersih sebanyak RM148.288 juta dalam tempoh yang sama 2023.

Top Glove Catat Untung Bersih RM5.47 Juta Pada Suku Pertama Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd kembali mencatatkan keuntungan dengan keuntungan bersih sebanyak RM5.47 juta pada suku pertama berakhir 30 Nov 2024 (suku pertama tahun kewangan 2025), meningkat semula daripada kerugian bersih RM57.71 juta pada suku pertama tahun kewangan 2024. 

Capital A Kembali Meningkat, Raih Untung Bersih RM1.64 Bilion Dalam Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Capital A Bhd bagi tempoh suku ketiga tahun kewangan berakhir pada 30 Sept, 2024, melonjak ketara dengan mencecah RM1.64 bilion berbanding kerugian bersih sebanyak RM102.75 juta, setahun lepas.