2hari ago
SUBANG JAYA, 27 Feb (Bernama) -- Sunway Group Bhd menyifatkan IJM Corporation Bhd sebagai satu peluang pelaburan yang menarik, yang mendorong mereka membuat tawaran mengambil alih syarikat itu, kata Pengasas dan Pengerusinya Tan Sri Jeffery Cheah.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Tune Protect Group Bhd menyaksikan keuntungan bersihnya melonjak sebanyak RM26.45 juta pada tahun kewangan 2025 berbanding RM572,000 yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.
2hari ago
SUBANG JAYA, 27 Feb (Bernama) -- Sunway Healthcare Holdings Bhd (SHH) menyasarkan untuk mengumpul sebanyak RM833.8 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) pada harga RM1.45 sesaham menjelang penyenaraian di Pasaran Utama Bursa Malaysia.
2hari ago
SUBANG JAYA, 27 Feb (Bernama) -- Sunway Group Bhd (Sunway), melalui cabang penjagaan kesihatannya, Sunway Healthcare Holdings Bhd (SHH), terbuka untuk meneroka peluang menubuhkan hospital dan pusat penjagaan kesihatan di seluruh rantau ASEAN.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain pada Jumaat, disokong oleh penurunan hasil Perbendaharaan AS serta pelarasan kedudukan awal sesi dagangan Asia, walaupun Indeks Dolar AS (DXY) ditutup tinggi sedikit.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Malaysia tidak hanya tertumpu pada paras kadar pertukaran khusus ringgit tetapi sebaliknya pada kekuatan jangka panjang mata wang tersebut kerana ia mencerminkan kesihatan keseluruhan ekonomi negara.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Peningkatan nilai ringgit kira-kira 10 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada 2025 telah menurunkan kos teknologi dan peralatan yang diimport, menjadikannya masa sesuai untuk menerima pakai perisian dan jentera baharu, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Jacob Lee Chor Kok.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- TH Plantations Bhd mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya kepada RM107.49 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2025 (TK2025) daripada RM75.17 juta pada tahun sebelumnya.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Konglomerat DRB-HICOM Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM397.97 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 daripada RM22.55 juta bagi tahun kewangan sebelumnya.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- PT Bank CIMB Niaga Tbk mencatatkan untung sebelum cukai sebanyak IDR8.8 trilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025, dengan pendapatan sesaham berjumlah IDR273.53, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan berterusan bank itu. (1 juta rupiah = RM231.2)
3hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- AirAsia X Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah iaitu sebanyak RM191.75 juta bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Dis, 2025 daripada RM229.14 juta pada tahun kewangan sebelumnya.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Press Metal Aluminium Holdings Bhd meningkat kepada RM2.10 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2025 daripada RM1.76 bilion pada tahun kewangan 2024, peningkatan 19 peratus didorong oleh prestasi tahun ke tahun yang lebih kukuh.