8hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Ketahanan permintaan domestik serta tekanan inflasi yang masih terkawal dijangka membolehkan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras semasa 2.75 peratus sepanjang 2026, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).
9hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka sedikit rendah hari ini dengan indeks utama susut 0.06 peratus meskipun pelabur terus aktif dalam pasaran yang lebih luas di sebalik kebimbangan berterusan terhadap konflik di Asia Barat.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dalam wilayah negatif, seiring dengan penurunan pasaran serantau susulan serangan baharu di Asia Barat serta kebimbangan terhadap saham teknologi.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih kukuh, disokong oleh belian semasa harga rendah yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, terutama dalam sektor produk dan perkhidmatan pengguna dan perindustrian.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Saham Petronas Dagangan Bhd (PetDag) muncul antara dua kaunter untung utama dalam dagangan awal hari ini walaupun melaporkan keuntungan bersih yang lebih rendah bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2026.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Perusahaan produk kraftangan tempatan, Goods for Good, bukan sahaja berusaha menjana keuntungan melalui penghasilan produk kraftangan, malah turut memperkasa golongan orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan warga emas menerusi peluang pekerjaan serta program pembangunan kemahiran.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia terus mencatatkan kenaikan pada tengah hari ini sejajar dengan prestasi pasaran serantau yang lebih kukuh berikutan belian saham pada harga rendah dalam saham wajaran tinggi terpilih diterajui oleh kaunter produk perindustrian dan perkhidmatan serta kewangan.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari hari ini, menjejaki penurunan pasaran serantau ketika pelabur kekal berhati-hati berhubung kemungkinan ketegangan di Asia Barat mereda.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, dipengaruhi oleh aktiviti jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor utiliti, telekomunikasi dan media serta produk dan perkhidmatan pengguna.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah berikutan penjualan berterusan ke atas saham-saham wajaran tinggi terpilih, diterajui kaunter produk dan perkhidmatan perindustrian serta utiliti yang menjejaskan sentimen pasaran.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal dalam wilayah positif pada sesi tengah hari disokong oleh belian berterusan dalam saham berwajaran tinggi terpilih, didahului sektor produk dan perkhidmatan perindustrian serta produk dan perkhidmatan pengguna.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari ini berikutan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh kaunter produk perindustrian dan perkhidmatan, produk dan perkhidmatan pengguna serta perladangan.