29hari ago
PETALING JAYA, 17 April (Bernama) -- Kenaikan harga minyak yang berkaitan dengan krisis Asia Barat dan pelaksanaan pengecualian cukai ke atas kenderaan elektrik (EV) oleh kerajaan dijangka mendorong lebih ramai beralih kepada EV, kata pakar.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) – Keupayaan Malaysia berunding dengan Iran untuk mendapatkan laluan selamat bagi import minyak mentahnya melalui Selat Hormuz, bukan menunjukkan kegagalan dalam prinsip undang-undang maritim antarabangsa, sebaliknya mencerminkan realiti bahawa hak di bawah undang-undang sering memerlukan sokongan diplomatik, kata seorang pakar logistik.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Malaysia kekal komited dalam usaha memperkukuh kerjasama serantau menerusi Asia Zero Emission Community (AZEC) atau Pemimpin-Pemimpin Komuniti Pelepasan Sifar Asia bagi memastikan bekalan tenaga stabil, mencukupi serta berdaya tahan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Biodiesel B100 berasaskan sawit berpotensi menjadi alternatif strategik dalam memperkukuh keterjaminan tenaga negara khususnya dalam mengharungi ketidaktentuan bekalan bahan api global, kata Ketua Pegawai Eksekutif FGV Biotechnologies Sdn Bhd, Roziyatulshima Zamil.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Tenaga nuklear kini semakin berpotensi sebagai sumber tenaga yang stabil dan rendah karbon seterusnya melengkapkan tenaga boleh baharu serta mengukuhkan keterjaminan tenaga.
1bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Kesan ekonomi jangka masa pendek Malaysia diunjurkan kekal terkawal, walaupun rundingan damai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran menghadapi kebuntuan, kata ahli ekonomi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) sedang giat melaksanakan pelan hala tuju untuk mencapai kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) sebanyak 70 peratus menjelang 2050, kata Ketua Pegawai Kelestariannya Leo Pui Yong.
1bulan ago
JOHOR BAHRU, 12 April (Bernama) -- Kerjasama kukuh pelbagai pihak berkepentingan bertunjangkan pendekatan ekosistem holistik, dijangka mempercepat transformasi ekonomi Johor, khususnya menerusi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran positif terhadap sektor pembuatan Malaysia yang dijangka mencatat pertumbuhan 4.1 peratus pada 2026.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Persatuan Biodiesel Malaysia (MBA) menggesa kerajaan untuk mencontohi langkah proaktif yang diumumkan negara ASEAN lain dan mempercepat pelaksanaan penggunaan campuran biodiesel yang tinggi di seluruh negara melalui program biodiesel nasional bagi sektor pengangkutan dan perindustrian.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Weststar Group tidak terjejas dengan konflik Asia Barat kerana telah keluar daripada operasi pengangkutan luar pesisir di rantau itu sejak akhir tahun lepas.
1bulan ago
Oleh Siti Raziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Persidangan Peralihan Tenaga 2026 (ETCon26) yang bakal berlangsung akan menjadi platform utama untuk memacu kecerdasan buatan (AI) sebagai medan baharu inovasi, sekali gus menggerakkan fasa seterusnya peralihan tenaga Malaysia.