Terdapat 475 berita berdasarkan kata kunci carian " pembayaran"

Kerajaan Selesai Bayar Balik Lebihan Cukai RM22.45 Bilion Pada 2025, Tertinggi Dalam Lima Tahun

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Kerajaan telah menyelesaikan bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM22.45 bilion pada 2025, tertinggi dalam tempoh lima tahun, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

KAF Digital Bank Lantik Suzaini Mukhtar Sebagai CEO

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- KAF Digital Bank Bhd mengumumkan pelantikan Suzaini Mukhtar sebagai ketua pegawai eksekutifnya (CEO) berkuat kuasa 1 Feb, 2026.

Sektor Perbankan Dijangka Kekalkan Pelaburan Modal Pada 2026 - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Sektor perbankan Malaysia dijangka mengekalkan pelaburan modalnya pada 2026, di tengah-tengah keterlihatan dividen yang kukuh dan potensi pulangan atas ekuiti (ROE) yang berkembang, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.

GLLM Cadang Tawar RM1.10 Sesaham Jadikan GuocoLand Malaysia Syarikat Persendirian

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- GLL (Malaysia) Pte Ltd (GLLM), pemegang saham utama GuocoLand (Malaysia) Bhd (GLM) mencadangkan untuk menjadikan GLM sebagai syarikat persendirian melalui pengurangan modal terpilih dan pelaksanaan pembayaran balik.

BNM: Aset Rizab Rasmi Malaysia Berjumlah US$125.53 Bilion Pada Akhir Disember 2025

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$125.53 bilion, manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$266.1 juta pada akhir Disember 2025.

RM9.50 Juta Insentif IPG Disalurkan Kepada 94,677 Pekebun Kecil Getah Sepanjang Jan-Nov 2025

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Seramai 94,677 pekebun kecil menerima manfaat Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dengan jumlah bayaran sebanyak RM9.50 juta sepanjang tempoh Januari hingga November 2025, kata Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

Untung Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM250.16 Juta Pada Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM250.16 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025, menyusut daripada RM310.12 juta pada tahun sebelumnya berikutan penurunan dalam jumlah dagangan sekuriti.

MOF Teliti Kesesuaian Pengeluaran Caruman KWSP Untuk MHIT - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) masih berbincang dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi meneliti sama ada konsep Pelan Insurans dan Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT) Asas boleh diterima sebagai sebahagian produk yang dibenarkan untuk pengeluaran oleh pencarum.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Seiring Comex AS, Permintaan Berterusan

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, menjejaki kenaikan niaga hadapan emas Bursa Komoditi New York Amerika Syarikat (Comex AS) berikutan permintaan berterusan terhadap logam berharga itu sebagai lindung nilai daripada risiko geopolitik dan kewangan.

ISF Group Sasar Peroleh Projek Pusat Data Selepas Penyenaraian Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- ISF Group Bhd akan terus mendapat manfaat daripada pengembangan pusat data di Malaysia selepas penyenaraiannya di Pasaran ACE dengan memperoleh lebih banyak projek tahun ini.

Pertumbuhan Kukuh Ekonomi, Inflasi Sederhana Pengaruhi Keputusan OPR - Gabenor BNM

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) – Bank Negara Malaysia (BNM) melihat prospek pertumbuhan ekonomi negara yang berdaya tahan pada 2026 dan menjangkakan inflasi terus kekal sederhana.

Teamstar Bhd Sasar IPO Kumpul Dana Berjumlah RM34.32 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Teamstar Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 25 Feb, 2026, menyasarkan untuk mengumpul sejumlah RM34.32 juta menerusi langkah tawaran awam permulaan (IPO).