Terdapat 2021 berita berdasarkan kata kunci carian " pengeluar"

Pengeluaran Getah Asli Malaysia Naik 37.3 Peratus Pada Desember 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 37.3 peratus pada Disember 2025 kepada 28,684 tan berbanding 20,891 tan pada November 2025, kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

YH Jewellery Lantik Evolve Capital, Kerjasama MCI Pacu Pengembangan Serantau Selain Nasdaq

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- YH Jewellery Corporation Sdn Bhd melantik Evolve Capital Advisory sebagai penasihat kewangan selain bekerjasama dengan MCI Capital Sdn Bhd bagi pengembangan serantau menerusi operasi modal dan memajukan strategi penyenaraian di pasaran saham Nasdaq.

NAFAS Rekod Keuntungan Tertinggi Dua Tahun Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) melakar sejarah apabila merekodkan keuntungan tertinggi selama dua tahun berturut-turut, masing-masing RM227 juta pada 2024 dan RM201 juta pada 2025, selepas berdepan kerugian besar dalam tempoh dua tahun sebelumnya.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Antara RM3,800-RM4,000 Satu Tan Hingga Julai 2026 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) dijangka diniagakan antara RM3,800 hingga RM4,000 satu tan bagi tempoh Januari hingga Julai 2026, kata seorang pakar industri.

Eksport Minyak Sawit Malaysia Diunjurkan Cecah Sehingga 16 Juta Tan Pada 2026 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Eksport minyak sawit Malaysia diunjurkan mencecah sehingga 16 juta tan pada 2026 didorong oleh paras stok yang rendah, menurut seorang pakar.

GWM WEY G9 Raih Lebih 800 Tempahan Seminggu Selepas Pelancaran

KUALA LUMPUR, 11 Feb  (Bernama) -- Pelancaran WEY G9 Hi4 PHEV oleh Great Wall Motor (GWM) berjaya meraih lebih 800 tempahan dalam tempoh seminggu pertama, mencerminkan permintaan awal yang kukuh terhadap kenderaan pelbagai guna (MPV) tenaga baharu mewah pemasangan tempatan pertama serta peningkatan keyakinan pelanggan terhadap kenderaan hibrid pintar.

Pelaksanaan E-invois Catat Lebih Satu Bilion Urus Niaga, Libatkan 200,000 Pembayar Cukai - LHDN

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Pelaksanaan sistem e-Invois di Malaysia merekodkan lebih satu bilion urus niaga setakat ini, dengan penyertaan lebih 200,000 pembayar cukai di seluruh negara, kata Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Ringgit Dibuka Hampir Tidak Berubah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu susulan pelabur mengambil pendirian berhati-hati menjelang pengumuman data pasaran buruh utama AS.

Penggunaan EV Tahunan Meningkat Kepada 44,813 Unit Pada 2025

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Jumlah penggunaan kenderaan elektrik (EV) tahunan telah meningkat dengan ketara kepada 44,813 unit pada 2025 berbanding 3,127unit yang dicatatkan semasa 2022, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Jualan Runcit 2026 Malaysia Dijangka Kekal Berdaya Tahan Pada Enam Peratus -- MBSB IB

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- MBSB Investment Bank menjangkakan jualan runcit Malaysia untuk 2026 kekal berdaya tahan pada 6.0 peratus, berikutan pertumbuhan 6.1 peratus yang dicatatkan pada 2025.

Penggiat Tempatan Disaran Pertingkat Hasil MSM Berperingkat Hingga 4.5 Tan Sehektar Menjelang 2035

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Penggiat industri minyak sawit tempatan perlu melaksanakan pendekatan berperingkat untuk menambah hasil dengan meningkatkan purata produktiviti minyak sawit mentah (MSM) daripada 3.5 tan kepada 4.5 tan sehektar menjelang 2035.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Susulan Harga Minyak Mentah Stabil, Permintaan Getah Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 10 Feb  (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu oleh harga minyak mentah yang stabil, menurut seorang peniaga.