Terdapat 102 berita berdasarkan kata kunci carian " penstrukturan semula"

Lebihan Akaun Perkhidmatan Petunjuk Pemulihan Ekonomi Lebih Kukuh - Perdasama

Oleh Thivyamalini Ramalu

PUTRAJAYA, 27 Nov (Bernama) -- Pencapaian lebihan akaun perkhidmatan yang direkodkan kerajaan baru-baru ini menjadi petunjuk jelas bahawa ekonomi negara berada pada landasan pemulihan yang lebih stabil, kata Presiden Persatuan Perdagangan dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Mohd Azamanizam Baharon.

Kerugian Pos Malaysia Berkurangan Kepada RM45.23 Juta Dalam Suku Ketiga

 KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Pos Malaysia Bhd mencatatkan kerugian bersih berjumlah RM45.23 juta untuk suku ketiga yang berakhir pada 30 Sept 2025, mengurangkan kerugian bersih sebanyak RM49.89 juta pada suku yang sama tahun sebelum ini.

Ekonomi Malaysia Berkembang 5.2 Peratus Pada Suku Ketiga, Didorong Permintaan Domestik Dan Eksport Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.2 peratus pada suku ketiga 2025 berbanding 4.4 peratus pada suku kedua 2025, didorong oleh permintaan dalam negeri dan pertumbuhan eksport yang lebih tinggi, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

MAG Lantik Kapten Nasaruddin Sebagai Presiden Dan CEO Kumpulan, Ganti Kapten Izham

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) melantik Kapten Nasaruddin A. Bakar sebagai presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan tersebut berkuat kuasa 1 Februari 2026, jawatan baharu menggantikan jawatan pengarah urusan kumpulan sebelum ini.

Gabenor: Ekonomi Malaysia Kekal Pada Landasan Pertumbuhan Stabil Menjelang 2026

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Berikut adalah transkrip wawancara Bernama menerusi e-mel dengan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Subsidi RON95 Ambil Masa, Untuk Pastikan Pelaksanaan Teliti, Tidak Jejas Rakyat - MOF

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Kerajaan mengambil masa lebih lama untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 berbanding subsidi lain bagi memastikan pelaksanaannya dapat dilakukan dengan teliti dan tidak menjejaskan rakyat.

Ichia Technologies Dari Taiwan Buka Kilang Pembuatan Baharu Bernilai RM490 Juta Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Ichia Technologies, Inc., peneraju dalam pembuatan komponen elektronik dari Taiwan membuka kilang pembuatan canggih keduanya di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP), Kedah.

BNM Guna Pakai MYOR-i Sebagai Kadar Penanda Aras Islam Mandatori Mulai 1 Julai 2027

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengguna pakai Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) sebagai kadar rujukan mandatori bagi semua produk kewangan Islam mulai 1 Julai, 2027.

MARC Ratings Kekalkan Penarafan AA-IS Orkim Dengan Semakan Semula Prospek

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- MARC Ratings mengekalkan penarafan AA-IS untuk program nota jangka sederhana Islam (IMTN) Orkim Bhd sehingga RM1 bilion dan menyemak semula prospek penarafan daripada stabil kepada positif.

Naratif Ekonomi Malaysia Telah Berubah Sejak Dua Tahun Lepas - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa naratif ekonomi Malaysia telah berubah daripada tidak menentu kepada pulih dan langkah-langkah defensif kepada penstrukturan semula yang proaktif sejak dua tahun lepas.

Dagangan Sekuriti Ireka Akan Digantung Pada 3 Okt, Berdepan Risiko Dinyahsenarai

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd akan menggantung dagangan sekuriti Ireka Corporation Bhd (ICB) berkuat kuasa 3 Okt 2025.

Sektor Perbankan Komited Salur Bantuan Kewangan Untuk Pelanggan Terjejas Di Sabah

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) – Industri perbankan telah berikrar untuk menyalurkan bantuan kewangan dan bantuan lain kepada masyarakat di Sabah yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.