Terdapat 142 berita berdasarkan kata kunci carian " perayaan"

Penilai Bebas Sahkan Sistem Aerotren KLIA Berfungsi Ikut Perancangan 

SEPANG, 2 Feb (Bernama) -- Penilai bebas sistem tren mengesahkan aerotren di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) beroperasi mengikut perancangan, dan gangguan perkhidmatan semasa fasa awal pengoperasian lazim berlaku untuk sistem yang kompleks.

Permintaan Lemah Menjelang Tahun Baharu Cina Dorong Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Permintaan yang dijangka lemah menjelang Tahun Baharu Cina mendorong pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini, kata seorang peniaga.

Sunway REIT Catat Keuntungan Bersih Lebih Rendah Sebanyak RM178 Juta

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Sunway Real Estate Investment Trust (REIT) melaporkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM178 juta pada suku keempat berakhir 31 Dis 2025 berbanding RM203.56 juta yang dicatatkan tempoh yang sama tahun sebelum ini.

Batik Air Malaysia Tambah 10 Pesawat, Sasar 85 Peratus Prestasi Tepat Masa

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Batik Air Malaysia (Batik Air) merancang untuk menambah 10 lagi pesawat tahun ini, menjadikan keseluruhan armadanya kepada 63 kapal terbang.

Bursa Malaysia Dibuka 0.63 Peratus Lebih Tinggi, Catat Paras Tertinggi Baharu Sejak Jun 2018

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum peningkatannya pada Selasa, dibuka 0.63 peratus lebih tinggi untuk mencatatkan paras tertinggi baharu sejak Jun, 2018, disokong oleh kemasukan berterusan dana asing susulan aliran keluar besar-besaran tahun lepas.

Kenanga IB Jangka Pasaran Automotif Malaysia Alami Tempoh Bertenang Menjelang Musim Perayaan

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Jumlah keseluruhan industri (TIV) untuk pasaran automotif Malaysia bagi suku pertama 2026 (S1 2026) dijangka menyederhana menjelang tempoh tiga perayaan utama yang akan datang, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Trafik Penumpang MAHB 2025 Cecah 153.3 Juta Seiring Permulaan Tahun Melawat Malaysia 2026

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Pergerakan penumpang di seluruh rangkaian global Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencecah 153.3 juta pada 2025, mencerminkan momentum positif seiring bermulanya Tahun Melawat Malaysia 2026.

Guardian Lancar Kempen "Stay Ong In Health And Radiance" Sempena Tahun Baharu Cina

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Rangkaian farmasi, kesihatan, dan kecantikan runcit terkemuka di Malaysia, guardian Malaysia melancarkan kempen Tahun Baharu Cina yang bertemakan Stay ONG in Health and Radiance menerusi drama mini lima episod, acara atrium dan promosi eksklusif kepada pelanggan. 

DOSM Unjur Ekonomi Berkembang 5.7 Peratus Pada Suku Keempat 2025

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjur berkembang 5.7 peratus pada suku keempat 2025 (S4 2025), disokong oleh prestasi kukuh dalam sektor ekonomi utama dan permintaan domestik yang teguh, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

MAG Akan Kendali Lebih 2,400 Penerbangan Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) akan mengendalikan lebih 2,400 penerbangan sepanjang tempoh perjalanan sempena Tahun Baharu Cina ini, termasuk sehingga 198 penerbangan tambahan yang dikendalikan oleh Malaysia Airlines dan Firefly.

Sektor Pengguna Bakal Raih Manfaat Susulan Pelarasan Gaji Fasa 2 SSPA, SARA 2.0 – HLIB

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Sektor pengguna Malaysia dijangka mendapat manfaat daripada peningkatan pendapatan boleh guna susulan pelarasan gaji Fasa 2 Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) selain pelaksanaan berterusan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), demikian menurut Hong Leong Investment Bank (HLIB).

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Kekukuhan Harga Minyak Kacang Soya

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad dan Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini berikutan harga minyak kacang soya yang lebih kukuh di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata seorang peniaga niaga hadapan.