9hari ago
Oleh D.Arul Rajoo
ROM, 3 Julai (Bernama) -- Malaysia berjaya meraih potensi pelaburan sebanyak RM8.13 bilion menerusi mesyuarat meja bulat kerjasama ekonomi Malaysia dan Itali serta mesyuarat dua hala bersama-sama syarikat di sini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menghadiri mesyuarat meja bulat bersama kalangan ketua industri utama Perancis termasuk daripada firma Imerys, Arkema, Airbus dan Thales sempena lawatan kerja ke negara itu pada 3 dan 4 Julai.
10hari ago
JOHOR BAHRU, 2 Julai (Bernama) -- Kejayaan Johor dalam merekodkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang tinggi telah memperkukuhkan pelaksanaan Agenda Maju Johor yang menyasarkan pertumbuhan KDNK antara tujuh hingga lapan peratus setahun, menjelang 2030.
10hari ago
ROM, 2 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memulakan hari kedua lawatan kerja beliau di ibu negara Itali ini dengan mengadakan mesyuarat meja bulat bersama peneraju industri utama.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Pembelian dua bidang tanah pertanian di Teluk Intan, Perak oleh Samaiden Group Bhd baru-baru ini, menekankan hasrat strategiknya untuk memanfaatkan pertumbuhan tenaga boleh baharu jangka panjang di Malaysia, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).
11hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd akan memperoleh tiga buah tanah di Selangor berharga RM112.79 juta untuk meningkatkan bank tanah di lokasi strategik bagi pertumbuhan masa depannya.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd melancarkan Akaun Pelaburan Lestari Ihsan (ISIA) 3.0, versi ketiga tawaran pelaburan patuh Syariah perintisnya.
12hari ago
PUTRAJAYA, 30 Jun (Bernama) -- Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berpuas hati dengan kemajuan Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP) yang diterajui kementeriannya.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berjaya merekodkan pelaburan direalisasikan berjumlah RM6.4 billion bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
14hari ago
MOSCOW, 28 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Rusia akan meningkatkan kerjasama ekonomi terutama dalam sektor berpotensi besar untuk diteroka termasuk industri halal, pertanian serta keterjaminan makanan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
16hari ago
PUTRAJAYA, 26 Jun (Bernama) -- Mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas mengenai Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) yang diadakan di sini, hari ini, disertai kementerian berkaitan dan pakar teknikal untuk menyelaraskan dasar, pelaksanaan dan kesediaan data terhadap pematuhan.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Program Penyumberan Antarabangsa (INSP), yang dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyasarkan nilai urus niaga perdagangan halal global sebanyak RM4.5 bilion dengan penyertaan 450 pembeli antarabangsa.