6bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Malaysia mencatatkan kadar inflasi 1.2 peratus pada Mei 2025, terendah dalam tempoh 51 bulan dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) pada 134.4 berbanding 132.8 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia bagi April 2025 merekodkan pertumbuhan 2.7 peratus tahun ke tahun (y-o-y), menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd menjangkakan pelaksanaan rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke suku keempat 2025 berikutan isu-isu yang masih belum diselesaikan seperti kelayakan dan mekanisme pelaksanaan.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia yang mengukur perubahan harga di peringkat pengeluar, terus menurun 3.4 peratus pada April 2025, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
7bulan ago
Oleh M. Saraswathi
KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Sambutan mesra yang diterima Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Presiden Vladimir Putin semasa lawatan rasmi Perdana Menteri ke Rusia jelas menunjukkan komitmen tinggi antara kedua-dua pemimpin untuk memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
7bulan ago
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail
KAZAN, 15 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diberi penghormatan menyampaikan syarahan umum di pusat pengajian terkenal di Rusia, Moscow State Institute of International Relations University (MGIMO).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia pada Mac 2025 mencatatkan pertumbuhan 3.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y), menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) susut 1.9 peratus pada Mac 2025 berbanding peningkatan 0.3 peratus pada Februari 2025, terutamanya disebabkan oleh sektor perlombongan, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia pada Februari 2025 mencatat pertumbuhan 1.5 peratus, dipacu oleh peningkatan output sektor pembuatan yang tumbuh pada 4.8 peratus, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) mencatatkan peningkatan tahun ke tahun 0.3 peratus pada Februari 2025, lebih perlahan berbanding kenaikan 0.8 peratus yang direkodkan pada Januari 2025, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia (IPP) meningkat kepada 2.1 peratus tahun ke tahun, dipacu pertumbuhan output sektor pembuatan, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Pengeluaran Gas asli Malaysia meningkat tiga peratus kepada 2,948.8 bilion kaki padu pada 2024, pulih semula daripada penurunan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.