4hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2025) 2026 bagi perbelanjaan tambahan perkhidmatan berjumlah RM7.94 bilion daripada Kumpulan Wang Disatukan.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) menegaskan komitmennya untuk memacu kestabilan ekonomi Malaysia dan jaminan tenaga jangka masa panjang, dengan memastikan bekalan elektrik kepada kediaman, perniagaan dan industri terus berdaya harap di seluruh negara.
4hari ago
Oleh M.Saraswathi
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Syarikat kejuruteraan dan struktur keluli, Eversendai Corporation Bhd mencatatkan pemulihan kukuh daripada impak pandemik COVID-19, dengan perolehan melepasi RM2 bilion buat kali pertama dan keuntungan yang utuh selain membida projek bernilai kira-kira RM15 bilion di seluruh dunia.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Sunway Construction Group Bhd (SunCon) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Sunway Construction Sdn Bhd (SCSB), menerima kontrak kerja bernilai RM1.15 bilion untuk dua projek daripada sebuah syarikat teknologi yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).
5hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- MBSB Bank Bhd menyediakan kemudahan pembiayaan berstruktur sebanyak RM95.8 juta kepada Jemaluang Dairy Valley Sdn Bhd untuk pembangunan infrastruktur tenusu tahap-1.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Wasco Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 melonjak kepada RM160.54 juta berbanding RM153.04 juta pada tahun sebelumnya.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Velesto Malaysian Ventures Sdn Bhd, Velesto Drilling Sdn Bhd telah menerima surat setuju terima (LOA) daripada Jadestone Energy (Malaysia) Pte Ltd.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Lembaga Lembaga Lada Malaysia (MPB) menyasarkan kawasan penanaman baharu lada diperluas sehingga mencecah 300 hektar pada tahun ini yang melibatkan kira-kira 1,200 orang pekebun, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Huang Tiong Sii.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah membelanjakan RM335 juta atau 89.6 peratus daripada keseluruhan peruntukan RM374 juta, bagi program penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (R&D&C&I) setakat 30 Jun 2025.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- MISC Bhd mencatatkan untung bersih RM1.70 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025, meningkat daripada RM1.19 bilion pada tahun sebelumnya.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Inisiatif pendigitalan telah membantu kerajaan melaksanakan pelbagai langkah pengukuhan hasil termasuk semakan semula kadar cukai, perluasan asas hasil, penambahbaikan pentadbiran cukai dan pengurangan dalam ketirisan kutipan hasil, kata Kementerian Kewangan (MOF).
7hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Stesen Janakuasa Battersea telah melantik perancang dan pereka bentuk bandar strategik, Studio Egret West bagi mengembangkan pelan induk Rafael Viñoly yang asal untuk baki 6.47 hektar (16 ekar) kawasan kejiranan di tepi sungai yang berkeluasan 16.99 hektar (42 ekar).