Terdapat 1071 berita berdasarkan kata kunci carian " prospek "

Rakuten Trade Unjur FBM KLCI 2026 Pada 1,800 Di Tengah-tengah Ketidaktentuan Global

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Rakuten Trade menyemak semula unjuran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kepada 1,800 untuk 2026 daripada 1,810 sebelum ini berikutan ketidaktentuan yang masih membelenggu pasaran. 

Keuntungan Bersih Suku Kedua Scientex Melonjak Kepada RM135.18 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Scientex Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM135.18 juta pada suku kedua berakhir 31 Jan 2026 berbanding RM123.95 juta pada suku yang sama tahun kewangan 2025.

Konflik Geopolitik Dijangka Beri Kesan Sederhana Sektor Hartanah Malaysia - Rehda

PETALING JAYA, 13 Mac (Bernama) -- Konflik geopolitik global dijangka memberi kesan sederhana terhadap sektor pembangunan hartanah dan pembinaan Malaysia pada 2026, menurut tinjauan awal Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda).

Ekonomi Malaysia Dijangka Terus Kukuh Pada 2026 -- Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Prestasi pertumbuhan ekonomi Malaysia yang memberangsangkan pada 2025 dijangka terus menjadi pemangkin kepada momentum pertumbuhan tahun ini meskipun negara berdepan dengan ketidaktentuan global serta cabaran geopolitik.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, seiring dengan penurunan Wall Street semalaman selepas pemimpin tertinggi baharu Iran memberi isyarat bahawa Selat Hormuz akan terus ditutup.

Untung Bersih Eco World Suku Pertama Naik Kepada RM156.41 Juta Susulan Jualan Kukuh

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Pemaju hartanah Eco World Development Group Bhd (Eco World) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM156.41 juta bagi tempoh suku pertama yang berakhir 31 Jan, 2026 daripada RM80.34 juta pada suku pertama tahun sebelumnya.

Kerajaan Kekal Unjuran Pertumbuhan Ekonomi 2026 Pada 4.0-4.5 Peratus

PUTRAJAYA, 12 Mac (Bernama) -- Kerajaan setakat ini masih mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2026 pada kadar 4.0 hingga 4.5 peratus, meskipun berdepan cabaran geopolitik global dan ketidaktentuan ekonomi luar.

Pelabur Digesa Pelbagaikan Portfolio Di Tengah-tengah Ketidaktentuan Harga Minyak

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Pelabur digesa mempelbagaikan portfolio dan mempertimbangkan peralihan kepada pelaburan berisiko rendah dan berkualiti tinggi semasa tempoh ketidaktentuan yang disebabkan oleh harga minyak yang tidak menentu, kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Asia School of Business Prof Joseph Cherian.

Pulau Pinang Catat Pelaburan Pembuatan Diluluskan RM22.4 Bilion Pada 2025

GEORGE TOWN, 10 Mac (Bernama) -- Pulau Pinang mencatatkan RM22.4 bilion dalam pelaburan pembuatan yang diluluskan pada 2025, naik 29 peratus daripada 2024, mengukuhkan kedudukan negeri itu sebagai hab perindustrian utama walaupun berlaku ketidaktentuan ekonomi global.

Malaysia Tempat Ke -16 Dalam Indeks Keterhubungan Global DHL

Daripada Nur Athirah Mohd Shaharuddin

HANOI, 10 Mac (Bernama) -- Malaysia mencipta kejayaan dengan muncul sebagai negara paling terhubung di peringkat global dalam kalangan ekonomi berpendapatan sederhana dan menduduki tempat ke-16 daripada 180 negara, menurut Laporan Keterhubungan Global DHL 2026.

Bursa Malaysia Melantun Pada Akhir Dagangan, Cecah Semula Paras 1,700

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula ketika mengakhiri dagangan Selasa dengan indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencecah paras psikologi 1,700, didorong oleh pemulihan sentimen global.

Harga Minyak Mentah Susut Bawah US$100 Setong Selepas G7 Sedia Lepaskan Stok Kecemasan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Harga minyak susut daripada paras tertinggi sejak 2022 kepada kurang US$100 setong pada Selasa selepas negara-negara Kumpulan Tujuh (G7) membayangkan kesediaan melepaskan stok simpanan kecemasan.