12hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
TAIPEI, 4 Jun (Bernama) -- Fasa perkembangan infrastruktur kecerdasan buatan (AI) Malaysia seterusnya akan bergantung kepada perancangan berdisiplin merentas tenaga, infrastruktur digital dan kemampanan, menurut Schneider Electric, sebuah syarikat teknologi tenaga global.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) – Keputusan Malaysia berkaitan pelaksanaan program tenaga nuklear akan bergantung kepada tahap kesediaan negara dalam 19 bidang keutamaan dengan sebahagian besarnya menumpukan aspek keselamatan, menurut Suruhanjaya Tenaga (ST).
12hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) – Tanggapan bahawa pusat data hanya menjana pekerjaan adalah tidak tepat kerana ia membawa manfaat ekonomi yang lebih luas selain pekerjaan secara langsung melalui ekosistem yang diwujudkannya, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Hari kedua Persidangan Peralihan Tenaga 2026 (ETCon26) Tenaga Nasional Bhd (TNB), menjadi detik penting apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan persidangan tersebut sekali gus memperkukuh komitmen Malaysia untuk membangunkan ekosistem tenaga yang lestari, berdaya tahan dan bersedia menghadapi keperluan masa depan.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Usaha Malaysia untuk terus kekal berdaya saing dari segi ekonomi di samping memenuhi komitmen kemampanannya secara bertanggungjawab dan realistik akan mewujudkan peluang besar dalam menjalin kerjasama dengan Jepun, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
12hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah, Maizatul Jamny Muhammad Rosli & Norsyafawati Ab Wahab
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan bahawa walaupun pertumbuhan kecerdasan buatan (AI) menawarkan banyak peluang untuk memacu usaha peralihan tenaga, ia tidak boleh mengatasi aspirasi kelestarian negara.
12hari ago
Oleh Norsyafawati Ab Wahab
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mempunyai keyakinan penuh terhadap keupayaan syarikat tenaga nasional, Tenaga Nasional Bhd untuk menerajui usaha peralihan tenaga Malaysia dan menyokong pertumbuhan pesat pelaburan dalam kecerdasan buatan (AI) dan infrastruktur digital di negara ini.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Peralihan tenaga dan kecerdasan buatan (AI) kini menjadi tumpuan utama di ENERtec Asia 2026 apabila penggiat industri meneroka teknologi serta penyelesaian baharu bagi menyokong landskap tenaga yang kian berkembang.
13hari ago
TAIPEI, 3 Jun (Bernama) -- Schneider Electric yakin Malaysia berkeupayaan untuk menyokong pertumbuhan infrastruktur kecerdasan buatan (AI), disokong oleh ekosistem semikonduktor yang kukuh, industri pusat data yang berkembang pesat serta daya tarikan negara yang semakin meningkat dalam kalangan pelabur teknologi global.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih kukuh, disokong oleh belian semasa harga rendah yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, terutama dalam sektor produk dan perkhidmatan pengguna dan perindustrian.
13hari ago
Oleh Saraswathi Muniappan dan Norsyafawati Ab Wahab
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Kerjasama strategik antara agensi kerajaan, syarikat utiliti, pemaju dan institusi kewangan adalah penting untuk membuka peluang baharu serta mempercepat peralihan tenaga pada skala besar, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
14hari ago
Daripada Rosemarie Khoo Mohd Sani
TAIPEI, 2 Jun (Bernama) -- Schneider Electric, peneraju teknologi tenaga global memperkenalkan sistem kuasa arus terus 800 volt (800VDC) yang inovatif, direka untuk menyokong unit pemprosesan grafik (GPU) keluaran NVIDIA bagi generasi akan datang.