1bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Industri perbankan Islam Malaysia kekal berdaya tahan, disokong oleh kedudukan modal dan kecairan yang kukuh, meskipun wujud ketidaktentuan di Asia Barat, menurut Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) sedang menilai impak ekonomi daripada konflik Asia Barat memandangkan krisis itu boleh berlarutan sehingga enam bulan, sekali gus menjejaskan bekalan minyak dan harga tenaga, kata Gabenor Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia turun 3.4 peratus tahun ke tahun pada Februari 2026 selepas penurunan 2.9 peratus pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Kalangan pelabur asing meneruskan aktiviti jualan bersih bagi minggu kelima berturut-turut di lapan pasaran Asia dengan aliran keluar bersih mencecah US$12.13 bilion pada minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Pelabur asing meneruskan penjualan bersih selama empat minggu berturut-turut di lapan pasaran Asia, dengan aliran keluar bersih berjumlah US$16.8 bilion, menurut MBSB Investment Bank Bhd.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan mengambil alih peranan promosi dan kemudahan pelaburan InvestKL Corporation (InvestKL) berkuat kuasa 15 Mac 2026.
2bulan ago
SEREMBAN, 11 Mac (Bernama) -- Negeri Sembilan mencatatkan prestasi pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah negeri ini apabila merekodkan jumlah sebanyak RM19.1 bilion pada tahun lepas sekali gus melepasi sasaran awal sebanyak RM10 bilion.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih ekuiti di Bursa Malaysia minggu lepas, mengakhiri aliran jualan bersih selama dua minggu berturut-turut dan mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM411.4 juta.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Malaysia mencatatkan sejumlah RM426.7 bilion bagi pelaburan diluluskan dalam 2025 yang juga pencapaian tertinggi pernah diraih, melonjak sebanyak 11 peratus berbanding RM384.4 bilion pada 2024.
2bulan ago
PUTRAJAYA, 23 Feb (Bernama) -- Pelaksanaan Banci Ekonomi 2026 (BE2026) buat pertama kali diperluaskan bagi merangkumi sektor informal yang semakin penting dalam ekosistem ekonomi negara, termasuk perniagaan dalam talian, penjaja kecil, inap desa, pekerja gig dan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Pelabur asing mengakhiri aliran belian bersih mereka selama enam minggu pada minggu lepas, mencatatkan aliran keluar bersih sebanyak RM65.7 juta dalam minggu dagangan yang singkat disebabkan cuti sambutan Tahun Baharu Cina, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia untuk minggu keenam berturut-turut, mencatatkan aliran masuk asing bersih sebanyak RM377.2 juta, iaitu kira-kira 25 kali ganda lebih tinggi daripada RM15.0 juta pada minggu sebelumnya, menurut MBSB Investment Bank Bhd.