4hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Malaysia perlu terus menarik pelaburan strategik dan berkualiti tinggi sambil memastikan syarikat tempatan meraih bahagian yang lebih besar daripada nilai yang dicipta oleh pelabur global yang beroperasi di negara ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid.
4hari ago
BANGI, 7 Mei (Bernama) -- Sektor agrikomoditi negara berdepan cabaran berterusan untuk menarik minat serta penyertaan generasi muda, khususnya dalam meneroka peluang kerjaya dan keusahawanan dalam industri berkenaan, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
4hari ago
JOHOR BAHRU, 7 Mei (Bernama) -- Pembangunan bersepadu Coronation Square bakal menjadi pemangkin utama transformasi struktur ekonomi Johor, yang diunjurkan menjana lebih RM9 bilion dalam limpahan ekonomi.
4hari ago
CEBU (Filipina), 7 Mei (Bernama) -- ASEAN perlu mengambil langkah ke arah mewujudkan rangka kerja praktikal untuk penyimpanan stok minyak bagi meningkatkan keselamatan tenaga dan kesiapsiagaan rantau ini untuk tempoh jangka panjang, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sedang memperkukuh ekosistem semikonduktor Malaysia melalui tumpuan strategik ke atas pembangunan bakat, pembuatan pintar dan integrasi rantaian bekalan sempena SEMICON Southeast Asia (SEMICON SEA) 2026.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) telah mengurangkan kadar keuntungan pembiayaannya di bawah skim PROSPER GROW kepada 3.5 peratus setahun daripada 5.0 hingga 6.75 peratus sebelum ini untuk membantu usahawan Bumiputera menghadapi peningkatan kos operasi.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) meraih prospek jualan dan peluang eksport berpotensi bernilai RM126.42 juta melalui Program Pencarian Sumber Antarabangsa (INSP) yang diadakan bersempena SEMICON Asia Tenggara 2026.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- VentureTECH Sdn Bhd melantik Azizan Jaafar sebagai ketua pegawai eksekutifnya (CEO) berkuat kuasa serta-merta.
5hari ago
ISKANDAR PUTERI, 6 Mei (Bernama) -- Rangka Kerja Insentif Baharu (NIF) yang diperkenalkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan berkuat kuasa pada 1 Mac lepas menjadi titik perubahan penting dalam pendekatan negara terhadap strategi pelaburan sektor perkilangan.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Permintaan domestik kekal sebagai penampan utama bagi ekonomi Malaysia di tengah-tengah konflik yang berterusan di Asia Barat, kata Ketua Ahli Ekonomi Affin Kumpulan Affin Alan Tan.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Industri acara perniagaan Malaysia terus mengukuhkan peranannya dalam memacu pertumbuhan ekonomi, pembangunan pengetahuan dan kesalinghubungan global melalui kerjasama lebih kukuh antara kerajaan, penggiat industri dan persatuan profesional.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Malaysia mampu memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan ASEAN dengan bekerjasama rapat bersama Filipina selaku Pengerusi ASEAN ketika ini, bagi memajukan inisiatif strategik serantau, kata bekas Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.