3bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah disenaraikan antara 10 lapangan terbang terbaik di dunia dalam tinjauan Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) 2024 untuk lapangan terbang yang mengendalikan lebih 40 juta penumpang setiap tahun.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) hari ini mengumumkan prestasi trafik penumpang udara Malaysia bagi Januari 2025 yang mencatatkan 9.2 juta penumpang, peningkatan sebanyak 28.2 peratus berbanding Januari 2024.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Jumlah penumpang AirAsia X Bhd (AirAsia X) meningkat 41 peratus kepada lebih empat juta pada 2024, dengan faktor muatan penumpang naik sebanyak tiga mata peratusan kepada 83 peratus berbanding tahun 2023.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Jumlah permintaan penumpang udara mencapai rekod tertinggi pada 2024 dengan lonjakan jumlah trafik sebanyak 10.4 peratus berbanding tahun lepas, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
5bulan ago
PUTRAJAYA, 15 Jan (Bernama) -- Penyusunan semula Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) diharap dapat dimuktamadkan tidak lama lagi, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
5bulan ago
PUTRAJAYA, 15 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mengunjurkan trafik penumpang udara Malaysia mencapai antara 105.8 juta hingga 112.9 juta penumpang tahun ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
6bulan ago
KOTA KINABALU, 14 Jan (Bernama) -- Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia menyasarkan untuk menerbangkan lima juta penumpang ke Sabah melalui Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau pada 2025, hampir dua kali ganda daripada 3.7 juta ketibaan yang direkodkan pada 2024.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Pasaran kargo udara global menyaksikan pertumbuhan permintaan yang kukuh pada November 2024 dengan jumlah kargo tan bagi setiap kilometer meningkat sebanyak 8.2 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Sektor penerbangan Malaysia telah mengalami pemulihan dan pertumbuhan mampan dengan trafik penumpang udara mencecah 8.0 juta penumpang pada November 2024, menandakan peningkatan 15.8 peratus tahun ke tahun yang kukuh berbanding November 2023.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) merekodkan 11.2 juta pergerakan penumpang merentasi rangkaian lapangan terbangnya pada November 2024, mencerminkan pertumbuhan kukuh 16.1 peratus berbanding angka pada November 2023, sekali gus mencapai 96.7 peratus daripada tahap sebelum pandemik.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Jumlah permintaan penumpang global yang diukur menerusi hasil penumpang bagi setiap kilometer, meningkat sebanyak 7.1 peratus pada Oktober 2024 berbanding tempoh sama bagi tahun lepas, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG), syarikat induk Malaysia Airlines telah menerima penghantaran pesawat A330neo pertamanya, menurut Airbus.