BERITA TERKINI   SNCC sahkan sebanyak 22 kapal flotilla yang dinaiki 186 orang telah dipintas, diceroboh oleh kapal tentera rejim Zionis Israel - KPE MAPIM  | GSF2.0: Kapal Arkham III dinaiki aktivis kemanusiaan Zainal Rashid Ahmad (ZRA) antara yang ditahan Israel - KPE MAPIM | Kedudukan flotila ketika insiden intimidasi berlaku adalah kira-kira 656 batu nautika dari Pantai Gaza - KPE MAPIM | SNCC sahkan Kapal Global Sumud Flotila 2.0 dihampiri kapal tentera Israel pagi ini di perairan antarabangsa kepulauan Great Greece - KPE MAPIM | SACC sahkan sebanyak 22 kapal flotilla yang dinaiki 186 orang telah dipintas, diceroboh oleh kapal tentera rejim Zionis Israel - KPE MAPIM  | 

Terdapat 27 berita berdasarkan kata kunci carian "bnpl"

Rang Undang-Undang Kredit Pengguna Dijangka Diwartakan Akhir Tahun Ini - MOF

PUTRAJAYA, 5 Sept (Bernama) -- Rang Undang-Undang Kredit Pengguna 2025 (RUUKP) dijangka diwartakan pada akhir tahun ini dan akan memberi perlindungan lebih menyeluruh kepada pengguna melalui kawal selia caj keterlaluan dan amalan kutipan hutang yang beretika.

Dewan Negara Lulus RUUKP 2025, SKP Dibentuk Kawal Selia Industri Kredit

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Kredit Pengguna (RUUKP) 2025 setelah lapan Ahli Dewan Negara mengambil bahagian membahaskan RUU berkenaan. 

RUU Perolehan Kerajaan, Kredit Pengguna Diluluskan, Cermin Agenda Reformasi MADANI

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Persidangan Dewan Rakyat yang menutup tirai bagi Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-15 pada Khamis selepas bersidang selama 24 hari terus mencerminkan komitmen kerajaan MADANI.

Hampir 170,000 Pengguna Ada Baki Tertunggak BNPL Berjumlah RM121.8 Juta - Lim

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Sejumlah 168,967 pemegang akaun ‘Beli Sekarang Bayar Kemudian’ (BNPL) atau 2.6 peratus daripada keseluruhan 6.5 juta pengguna mempunyai baki tertunggak setakat 30 Jun, 2025, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Kemudahan BNPL Terkawal, Langkah Kawal Selia Dipertingkat Bagi Lindungi Pengguna

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Penggunaan kemudahan ‘Beli Sekarang Bayar Kemudian’ (BNPL) masih terkawal, namun langkah pengawalseliaan sedang dipertingkatkan menerusi Akta Kredit Pengguna (AKP) 2025 untuk melindungi pengguna.

Paydibs Peroleh Akses Langsung Sistem FPX Daripada PayNet

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Paydibs, penyedia pembayaran digital tempatan kini secara rasmi dilantik sebagai pemeroleh pihak ketiga langsung bagi sistem pertukaran proses kewangan (FPX) oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), sekali gus menjadikannya antara10 pemeroleh bukan bank yang dihubungkan terus dengan infrastruktur FPX PayNet.

SKP Akan Laksana Rangka Kerja Kawal Selia BNPL Secara Menyeluruh Dan Mampan - Lim Hui Ying

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP) akan melaksanakan rangka kerja kawal selia bagi skim 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian' (BNPL) secara menyeluruh dan mampan bagi memastikan rakyat tidak terjerumus ke dalam kancah hutang, sekali gus membawa kepada peningkatan muflis.

Kerajaan Dicadang Tubuh Agensi Kepercayaan Kredit, Kawal Selia Kelayakan Peminjam Wang

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Kerajaan disyor untuk menubuhkan sebuah agensi kepercayaan kredit atau kredit skor bagi mengawal selia kelayakan pengguna untuk membuat pinjaman wang.

Jumlah Transaksi BNPL Meningkat Kepada 102.6 Juta Pada Separuh Pertama 2025 - Lim

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Jumlah bilangan transaksi 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian' (BNPL) meningkat kepada 102.6 juta transaksi pada separuh pertama tahun ini daripada 83.8 juta transaksi pada separuh kedua 2024. 

Risiko BNPL Kekal Terkawal - BNM

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) – Jumlah hutang terkumpul skim beli sekarang bayar kemudian (BNPL) kekal sebagai sebahagian kecil daripada keseluruhan hutang isi rumah iaitu sebanyak RM2.8 bilion atau 0.2 peratus daripada jumlah hutang isi rumah setakat Disember 2024.

BNPL Dan Hutang: Antara Kemudahan Dan Kebimbangan

PUTRAJAYA, 23 Mac (Bernama) -- Keupayaan pengguna untuk membayar semula hutang daripada kemudahan 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian’ (BNPL) semakin menjadi perhatian terutama dengan pertumbuhan ketara dalam transaksi BNPL di Malaysia telah menimbulkan kebimbangan terhadap risiko keberhutangan yang tinggi dan kepentingan literasi kewangan.

RUU Kredit Pengguna 2025 Dijangka Diwartakan Menjelang Akhir Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Rang Undang-undang (RUU) Kredit Pengguna 2025 dijangka diwartakan menjelang akhir tahun ini, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia yang juga Ketua Pasukan Petugas Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna (CCOB) Abu Hassan Alshari Yahaya.