Terdapat 20 berita berdasarkan kata kunci carian "cpo"

Niaga Hadapan MSM Naik Melebihi RM4,500 Satu Tan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (CPO) Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini dengan kontrak penanda aras April 2025 melebihi RM4,500 satu tan selepas didorong oleh kebimbangan terhadap output yang lemah dan jangkaan permintaan menjelang Ramadan.

Untung Bersih Bursa Malaysia Suku Keempat Dijangka Lebih Rendah Kerana DATV

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd bagi suku keempat yang berakhir 31 Dis, 2024 dijangka lebih rendah daripada suku ketiga 2024 disebabkan oleh purata nilai dagangan harian (DATV) lebih rendah untuk pasaran sekuriti, menurut AmInvestment Bank Bhd.

Kepengerusian ASEAN Malaysia Perkukuh Perdagangan Minyak Sawit, Kerjasama Serantau - MPOB

PUTRAJAYA, 14 Jan (Bernama) -- Perdagangan minyak sawit adalah tonggak kepada aktiviti ekonomi ASEAN, justeru Malaysia komited untuk memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.

CPOPC Alu-alukan Papua New Guinea Sebagai Negara Anggota Keempat

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) mengalu-alukan kehadiran Papua New Guinea yang kini rasmi sebagai negara anggota keempatnya.

Harga Minyak Sawit Diunjur Antara RM4,000 Hingga RM5,000 Satu Tan Tahun Depan - CPOPC

Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar

JAKARTA, 6 Dis (Bernama) -- Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) mengunjurkan harga minyak sawit berada antara RM4,000 hingga RM5,000 satu tan tahun depan, didorong oleh pengeluaran yang mendatar di pasaran utama, khususnya Indonesia dan Malaysia .

Duta Malaysia Saran Syarikat Pacu Masa Depan Mampan Industri Minyak Sawit

Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar

JAKARTA, 5 Dis (Bernama) -- Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin menggesa syarikat berkaitan kerajaan Malaysia dan perniagaan utama Indonesia memanfaatkan kepakaran kolektif mereka untuk mewujudkan masa depan lebih cerah dalam industri minyak sawit sebagai pemacu ekonomi dan model untuk pembangunan mampan.

Sawit : CPOPC Gesa Pelan Strategik Dirangka Bagi Tangani Cabaran Peraturan - Johari

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) perlu bertindak aktif merangka pelan strategik bagi menangani cabaran peraturan berterusan yang dihadapi oleh negara-negara berkenaan.

Kerajaan Beri Insentif Bagi Pembangunan Infrastruktur Pengecas EV - MITI

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kerajaan kekal memberikan insentif untuk pembangunan infrastruktur pengecas kenderaan elektrik (EV) walaupun tidak dinyatakan secara khusus di dalam Belanjawan 2025.