Terdapat 86 berita berdasarkan kata kunci carian "gencatan senjata"

Ringgit Kekal Kukuh Pada 3.97 Berbanding Dolar AS Pada Sesi Pembukaan

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Ringgit kekal kukuh pada paras 3.97 berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada sesi pembukaan pada Khamis, disokong oleh keyakinan pasaran yang meningkat susulan pelan gencatan senjata selama dua minggu.

Ringgit Ditutup Mengukuh Pada 3.97 Apabila AS-Iran Setuju Gencatan Senjata

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Ringgit mengukuh pada 3.97 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Rabu, apabila wujud semula optimisme selepas AS dan Iran bersetuju dengan pelan gencatan senjata konflik Asia Barat selama dua minggu.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi, dengan indeks petunjuk pasaran naik 1.16 peratus untuk ditutup hampir kepada paras 1,700, disokong oleh sentimen positif susulan berita mengenai gencatan senjata selama dua minggu antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, yang termasuk Tehran membenarkan laluan selamat untuk kapal melalui Selat Hormuz.

Niaga Hadapan Getah Ditutup Bercampur-campur Selepas Ringgit Mengukuh

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, selepas dipengaruhi oleh kelemahan dalam niaga hadapan serantau dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar US, kata seorang peniaga.

Harga Minyak Turun Di Bawah US$100 Setong Didorong Rundingan Gencatan Senjata

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Harga minyak menurun di bawah paras US$100 setong selepas Amerika Syarikat (AS) dan Iran bersetuju dengan pelan gencatan senjata selama dua minggu sebagai pertukaran kepada Tehran membenarkan laluan selamat untuk kapal melalui Selat Hormuz. 

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Seiring Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu di sebalik sentimen berhati-hati, seiring kebanyakan pasaran serantau selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, menangguhkan serangan yang dirancang ke atas infrastruktur Iran selama dua minggu.

Pasaran Getah Terus Catat Kenaikan Pada Penutup Dagangan

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan momentum kenaikannya untuk ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh peningkatan niaga hadapan getah serantau, harga minyak mentah yang tinggi dan ringgit yang rendah berbanding dolar AS, kata peniaga.

Ringgit Ditutup Mengukuh Susulan Harapan Gencatan Senjata Di Asia Barat

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga petang Isnin dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika sentimen optimis mengenai kemungkinan   gencatan senjata Asia Barat terus memulihkan minat terhadap risiko.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, seiring dengan kenaikan niaga hadapan getah serantau pada penutup dagangan, kata peniaga.

Ringgit Dijangka Didagangkan Secara Berhati-hati Minggu Depan Berikutan Konflik Asia Barat

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Pasaran pertukaran mata wang asing dijangka kekal dalam sentimen berhati-hati minggu depan, termasuk kemungkinan ringgit dalam julat RM4.00 hingga RM4.05 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan perang di Iran yang masuk minggu kelima.

Harga Diesel Global Naik Susulan Kekangan Bekalan, Permintaan Yang Kukuh - Rystad Energy  

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Harga diesel meningkat lebih pantas berbanding petrol berikutan kekangan struktur bekalan, permintaan industri yang berterusan dan fleksibiliti yang terhad dalam sistem penapisan, kata firma penyelidikan tenaga Rystad Energy.