Terdapat 1247 berita berdasarkan kata kunci carian "harga minyak"

Impak Krisis Bekalan Global Dijangka Lebih Ketara Pada Suku Ketiga, Intervensi Kerajaan Pastikan Rakyat Tidak Terkesan

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Impak krisis bekalan global dijangka lebih ketara pada suku ketiga tahun ini, khususnya terhadap kestabilan harga, kos operasi industri dan pasaran buruh, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Ahmad Nasir.

Bursa Malaysia Tinggi Sedikit Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengukuh sedikit pada tengah hari berikutan pembelian berterusan dalam kaunter berwajaran tinggi, didahului sektor produk dan perkhidmatan pengguna, perkhidmatan kewangan serta utiliti.

Harga MSM Dijangka Kekal Sekitar RM4,400 Setan Pada Jun 2026 - MPOC

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal sekitar RM4,400 satu tan pada Jun 2026, disokong oleh dasar biobahan api global, menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

Bursa Malaysia Meningkat Dalam Dagangan Awal

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini walaupun prestasi bercampur-campur di Wall Street dalam tempoh semalaman.

Subsidi Bahan Api Malaysia 'Talian Hayat' Pemandu E-panggilan, Akses Pengguna

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Pelaksanaan mekanisme subsidi bahan api Malaysia terbukti terus membantu pemandu perkhidmatan e-panggilan mengurus kenaikan kos operasi, sekali gus membolehkan ramai terus bertahan walaupun diasak tekanan lonjakan harga minyak global, menurut satu platform mobiliti.

Ringgit Dibuka Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS Susulan Perkembangan Di Asia Barat

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Selasa berikutan sentimen pasaran terus tertumpu kepada perkembangan di Asia Barat.

IILM Cecah Rekod US$7.055 Bilion Portfolio Sukuk Tertunggak Ketika Ketidaktentuan Pasaran

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Jumlah aset sukuk jangka pendek tertunggak Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa (IILM) melonjak kepada rekod tertinggi US$7.055 bilion, berikutan pelaksanaan terbitan dan terbitan semula sebanyak US$975 juta (US$1=RM3.97). 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Tinggi Berikutan Harga Minyak Mentah Kukuh

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) --  Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, aktiviti dagangan didorong oleh sokongan kukuh daripada pergerakan harga minyak mentah.

Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Terendah Harian, Jejaki Sentimen Lemah Serantau

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian pada Isnin, apabila tekanan jualan merebak merentas saham wajaran tinggi indeks utama susulan sentimen pelabur serantau yang berhati-hati serta minat risiko global yang hambar.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi, Didorong Kenaikan Harga Minyak Mentah

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada hari pertama minggu ini dirangsang oleh kenaikan harga minyak mentah, kata seorang peniaga. 

Institusi Tempatan Teruskan Pembelian Bagi Minggu Kelima Berturut-turut Di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan pembelian bersih mereka di Bursa Malaysia untuk minggu kelima berturut-turut, dengan mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM233.2 juta pada minggu lepas di tengah-tengah penjualan asing yang berterusan di seluruh pasaran ekuiti serantau.

PIVB Kekalkan Unjuran Pertumbuhan KDNK 2026 Pada 4.6 Peratus, Dipacu Permintaan Domestik

KUALA LUMPUR, 18 May (Bernama) -- Public Investment Bank Bhd (PIVB) mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2026 pada 4.6 peratus tahun ke tahun (y-o-y), dengan permintaan domestik kekal menjadi tunjang kepada pengembangan itu.