BERITA TERKINI   PRN Johor: Tiga lagi calon akan bertanding di DUN Bukit Batu, Maharani dan Simpang Jeram - Presiden MUDA | 

Terdapat 82 berita berdasarkan kata kunci carian "hlib"

Lebihan Akaun Semasa Malaysia Diunjur Meningkat 1.5-2.5 Peratus Daripada KDNK Pada 2026 - CIMB

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengunjurkan lebihan akaun semasa Malaysia meningkat kepada 1.5 hingga 2.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2026, menurut CIMB Treasury and Market Research.

FED Kekalkan Kadar Dasar Tidak Berubah, Berada Dalam Mod Tunggu Dan Lihat - HLIB

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) mengekalkan kadar dasar monetari pada 3.50 hingga 3.75 peratus dalam mesyuarat kali keduanya berturut-turut, menandakan ia kekal dalam mod tunggu dan lihat, kata Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).

Konflik Geopoliitk Naikkan Harga MSM 10 Peratus Kepada RM4,592 Satu Tan Sejak Minggu Lepas - HLIB

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Konflik geopolitik yang semakin memuncak di Asia Barat telah menaikkan harga minyak sawit mentah (MSM) kira-kira 10 peratus kepada RM4,592 satu tan sejak minggu lepas, mendorong kenaikan harga minyak mentah dan mewujudkan kebimbangan mengenai peningkatan kos tenaga dan baja.

Ketegangan Timur Tengah: Harga Minyak Mentah Brent Boleh Turun Kepada US$70–90 Setong - Bank Pelaburan

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Bank pelaburan mengunjurkan harga minyak mentah Brent boleh menurun kepada US$70–90 setong (bbl) (US$1 = RM3.95) selepas melebihi US$100/bbl untuk tempoh yang singkat berikutan ketegangan yang meningkat di Timur Tengah.

Indeks Utama Bursa Malaysia Menokok 4.19 Mata Dalam Dagangan Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi hari ini dengan sentimen berhati-hati berikutan kebimbangan global membabitkan kenaikan kos tenaga dan risiko inflasi susulan konflik Timur Tengah yang meruncing.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah pada Rabu, menjejaki prestasi lemah Wall Street semalaman dalam persekitaran kebimbangan terhadap bekalan minyak dan gas global serta risiko inflasi susulan krisis di Timur Tengah yang berterusan.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi dalam persekitaran dalam persekitaran aktiviti memburu saham murah selepas mencatatkan kemerosotan semalam. 

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal positif pada tengah hari ini, mencerminkan prestasi bursa serantau yang menggalakkan dan disokong oleh sentimen positif selepas kenaikan semalaman Wall Street yang kukuh.

HLIB Kekalkan Unjuran Harga MSM 2026 Pada RM4,200 Satu Tan

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) mengekalkan unjuran harga minyak sawit mentah (MSM) sebanyak RM4,200 satu tan metrik (mt) dan pendapatan untuk 2026 pada masa ini, menunggu semakan semula selepas langkah terkini Indonesia menangguhkan pelaksanaan mandat B50.

Inflasi Rendah Dijangka Dorong OPR Kekal Pada 2.75 Peratus Pada 2026 - HLIB

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus sepanjang 2026, disokong oleh kadar inflasi yang rendah pada 2025 dan pertumbuhan ekonomi yang stabil. 

Sektor Pembinaan Malaysia Dijangka Catat Aliran Pekerjaan Kukuh Pada 2026 - HLIB

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Sektor pembinaan dijangka mencatatkan aliran pekerjaan yang tinggi pada 2026, disokong oleh aliran kontrak positif yang menumpukan projek infrastruktur serta pusat data yang berterusan, menurut Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).

Harga Minyak Mentah Brent Turun Lebih Empat Peratus Susulan Ketegangan AS–Iran

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Harga minyak mentah Brent susut lebih empat peratus pada Khamis selepas Iran, satu daripada pengeluar minyak terbesar memberi amaran iaitu negara itu akan bertindak balas terhadap ancaman asing.