5bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih suku kedua SP Setia Bhd yang berakhir pada 30 Jun 2025 susut kepada RM99.8 juta daripada RM295.03 juta yang dicatatkan dalam suku yang sama tahun sebelum ini.
5bulan ago
JOHOR BAHRU, 20 Ogos (Bernama) – Projek MBW Innexus Industrial City dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM2 bilion dijangka mewujudkan kira-kira 37,000 peluang pekerjaan merangkumi pelbagai peringkat kemahiran, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Wintech Metal Processing Sdn Bhd yang menyertai Expo 2025 Osaka di Jepun merancang untuk mengembangkan portfolio pejabat pintarnya yang dipacu kecerdasan buatan (AI), analitik canggih dan reka bentuk akustik yang boleh disesuaikan.
5bulan ago
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 18 Ogos (Bernama) -- Malaysia telah memuktamadkan rundingan untuk perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Korea Selatan dan dijangka menandatangani perjanjian itu pada Oktober depan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.
5bulan ago
PASIR SALAK, 17 Ogos (Bernama) -- Felcra Bhd mencatatkan keuntungan boleh agih sebanyak RM178 juta bagi Projek Penyatuan dan Pemulihan (P&P) dari Januari hingga April 2025, menunjukkan peningkatan daripada prestasi tahun sebelumnya.
5bulan ago
IPOH, 16 Ogos (Bernama) -- Projek Pembangunan Ipoh Sentral (Ipoh Sentral) yang berlandaskan Agenda Pengangkutan Hijau Bandar Pintar Perak 2030 dirancang untuk mengubah Ipoh menjadi hab pengangkutan yang moden, mampan dan keterhubungan baik.
5bulan ago
GEORGE TOWN, 14 Ogos (Bernama) -- Kemudahan pejabat dan makmal kejuruteraan terbaharu Advanced Micro Devices Inc (AMD) yang tersenarai di Nasdaq (Bursa Saham Amerika Syarikat) di Bayan Lepas, Pulau Pinang, menggariskan komitmen syarikat itu untuk mengembangkan perkhidmatan perniagaan global dan operasi kejuruteraan di Malaysia.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kilang pintar Agilent Technologies Malaysia Sdn Bhd di Pulau Pinang diiktiraf sebagai peneraju global dalam Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) dan McKinsey & Company.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal dalam wilayah negatif pada tengah hari, seiring dengan prestasi lemah pasaran serantau yang dipengaruhi oleh tekanan jualan saham wajaran tinggi terpilih.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- The Mastercard Center for Inclusive Growth bekerjasama dengan Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) untuk menganjurkan Sidang Kemuncak Pertumbuhan Inklusif Mastercard ASEAN yang pertama pada akhir Oktober ini.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Yinson Holdings Bhd melalui unit penyelesaian tenaga luar pesisir dan pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan terapung (FPSO) iaitu Yinson Production, telah memulakan pajakan tetap selama 15 tahun untuk FPSO Agogo berikutan pengeluaran Sijil Kesediaan Operasi Sementara (PORC) pada 12 Ogos, 2025.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Ketua Penasihat Bangladesh Dr Muhammad Yunus mempelawa pelabur Malaysia untuk meneroka peluang perniagaan luas di negara itu disokong oleh jumlah populasinya yang besar dengan majoriti golongan muda yang kreatif.