BERITA TERKINI   Terbitan bon korporat Malaysia diunjurkan sebanyak RM130 bilion–RM140 bilion pada 2026, melebihi purata sejarah RM122 bilion -- RAM Ratings | PRK Kinabatangan: Sebanyak 89.42 peratus keluar mengundi bagi undi awal setakat 3 petang - SPR | PRK Lamag: Sebanyak 89.89 peratus keluar mengundi bagi undi awal setakat 3 petang - SPR | Maybank memperuntukkan RM10 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang untuk memodenkan dan memantapkan teknologinya - Presiden Kumpulan Khairussaleh Ramli | Maybank sasarkan RM300 bilion kewangan lestari dalam tempoh lima tahun akan datang - Presiden  Kumpulan Khairussaleh Ramli | 

Terdapat 2725 berita berdasarkan kata kunci carian "teknologi"

NTIS Peruntuk RM80.84 Juta Galak Penyelesaian Inovatif

SHAH ALAM, 24 Okt (Bernama) -- Sandbox Teknologi dan Inovasi Nasional (NTIS)  memperuntukkan RM80.84 juta bagi membiayai 100 projek dalam usaha merangsang pembangunan penyelesaian inovatif dari Julai 2020 hingga Disember 2023.

Sentimen Lemah, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah setakat dagangan tengah hari Jumaat berikutan sentimen negatif di peringkat tempatan yang turut memaparkan prestasi bercampur-campur di peringkat pasaran serantau, kata penganalisis.

BASF Petronas Chemicals Buka Loji Pengeluaran 2-EHAcid Kedua Di Kuantan

KUANTAN, 25 Okt (Bernama) -- BASF Petronas Chemicals (BPC) melancarkan barisan pengeluaran asid 2-etilheksanoik (2-EHAcid) kedua di tapak bersepadunya di sini bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat.

Malaysia Lihat Sinergi Besar Antara ASEAN, BRICS - Rafizi

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Malaysia melihat sinergi yang besar antara ASEAN dan BRICS apabila negara mengambil alih jawatan sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan, menggalakkan keterangkuman dan kemampanan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Kerajaan Garis 11 Sektor Berpotensi, Termasuk HGHV Untuk Bumiputera

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Kerajaan telah menggariskan 11 sektor berpotensi untuk dimanfaatkan oleh golongan bumiputera, termasuk industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV), kata Kementerian Ekonomi.

Inflasi Malaysia Diunjur 2.9 Peratus Pada 2025 - Allianz

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Inflasi Malaysia diunjurkan pada 2.3 peratus tahun ini dan 2.9 peratus pada 2025 berbanding unjuran Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu antara 2 peratus dan 3.5 peratus bagi 2024, kata Ketua Ahli Ekonomi Allianz SE Ludovic Subran.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini bagi hari keempat berturut-turut, seiring dengan pasaran serantau berikutan penjualan ekuiti global yang meluas, kata seorang penganalisis.

Pertumbuhan Kukuh, Kestabilan Politik Buka Laluan Pembaharuan Penting Malaysia - Morgan Stanley

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Kestabilan politik dan pertumbuhan kukuh yang dicatatkan Malaysia baru-baru ini membuka laluan untuk kerajaan melaksanakan pembaharuan penting, termasuk menyusun semula subsidi bahan api dan tenaga yang tinggi, menurut Morgan Stanley Investment Management.

JBIC Komited Sokong MITI Tarik Pelaburan Berkualiti Tinggi Dari Jepun - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Japan Bank for International Cooperation (JBIC) komited untuk menyokong Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam menarik pelaburan berkualiti tinggi dari Jepun, terutama dalam sektor tenaga lestari dan pembangunan industri berteknologi tinggi.

Prospek Ekonomi Malaysia 2025 Agak Optimis Di Sebalik Cabaran Dasar – MIER

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Prospek ekonomi Malaysia untuk 2025 kelihatan optimis dengan kombinasi peluang dan cabaran di hadapan, menurut Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).

Kementerian Digital Cadang Penubuhan Suruhanjaya Kepercayaan Digital Dan Keselamatan Data

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Kementerian Digital mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Kepercayaan Digital dan Keselamatan Data (SKDKD) pada separuh pertama 2025.

Lawatan PM Ke Rusia Perluas Ruang Geo-ekonomi Malaysia, Perkukuh Kerjasama Ekonomi Di Peringkat Global - MITI

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia baru-baru ini adalah langkah strategik kerajaan dalam mengeratkan hubungan Malaysia-Rusia di samping memperluas ruang geo-ekonomi negara, sekali gus memperkukuh kerjasama ekonomi dan kedudukan Malaysia di peringkat global.