1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Cradle Fund Sdn Bhd melancarkan platform digital, Startup ASEAN dalam usaha menjadikan negara anggota perkumpulan itu sebagai penggiat dalam landskap syarikat itu di peringkat global.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang jangkaan negara maju itu akan bertindak mengurangkan kadar faedahnya pada lewat hari ini.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung selepas meningkat pada beberapa hari lepas.
1tahun ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Ringgit mengakhiri minggu ini dengan mencatatkan positif, terus meningkat berbanding dolar AS untuk sesi ketiga berturut-turut pada Jumaat menjelang data senarai gaji Amerika Syarikat (AS) yang akan dikeluarkan malam ini.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri minggu ini dengan prestasi sedikit rendah pada Jumaat, berikutan pengambilan untung menguasai dagangan dalam keadaan pelabur berhati-hati.
1tahun ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 6 Dis (Bernama) -- Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Swasta Malaysia (PIKAP), yang mewakili agensi pekerjaan asing utama di negara ini, telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Neurogine Sdn Bhd untuk memulakan program pengiriman wang rentas sempadan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Kaspersky memberi amaran mengenai tawaran Telegram Premium palsu yang tersebar di seluruh dunia dengan tujuan mencuri maklumat akaun atau merosakkan peranti.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Sektor kapal sokongan luar persisir (OSV) khususnya segmen kapal tongkang kerja penginapan (AWB), dijangka kekal positif berikutan bekalan kapal yang terhad akibat kurang pelaburan selama bertahun-tahun, kata Kenanga Investment Bank Bhd.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi rendah pada Jumaat berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan dalam saham wajaran tinggi, didahului oleh produk dan perkhidmatan perindustrian serta sektor perkhidmatan kewangan.
1tahun ago
Daripada Anas Abu Hassan
LAS VEGAS, 5 Dis (Bernama) -- Industri telekomunikasi Malaysia digesa mempercepat penerimagunaan kecerdasan buatan generatif (Gen-AI) dalam tempoh beberapa tahun akan datang untuk meningkatkan dan mengoptimumkan operasi, menurut Amazon Web Services Inc (AWS).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Jumaat, menjelang pengumuman data penggajian bukan perladangan (NFP) negara maju itu pada lewat hari ini, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Penstrukturan semula Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) adalah selaras dengan agenda nasional untuk melaksanakan pembaharuan dan memperkukuhkan institusi-institusi milik kerajaan, kata Kementerian Kewangan.