BERITA TERKINI   PRK Lamag: Dua pusat mengundi ditutup 2 petang - SPR | PRK Kinabatangan: Lima lagi pusat mengundi ditutup 2 petang - SPR | Kerajaan komited memperkasa sekolah agama rakyat dan institusi pondok sebagai benteng akidah serta akhlak ummah - PM Anwar  | Anak muda perlu diberi ruang melalui jawatankuasa khas supaya masjid terus hidup dan diimarahkan - PM Anwar | PRK Kinabatangan: Sebanyak 43.23 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari - SPR | 

Terdapat 2933 berita berdasarkan kata kunci carian " peru"

PM Anwar Akan Hadiri Sidang Kemuncak CEO APEC, Bertemu Pegawai Kanan Google

LIMA (Peru), 14 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menghadiri Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini pada Khamis sebagai sebahagian daripada penglibatan beliau pada Minggu Pemimpin Ekonomi APEC (AELW).

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Berikutan Pengukuhan Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini disebabkan prestasi dolar Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh dan hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi, kata seorang penganalisis.

Transformasi Digital Rangsang Pertumbuhan, Daya Tahan PKS Malaysia

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia menggunakan penyelesaian digital untuk mengendalikan gangguan pasaran dan mengembangkan capaian mereka, menurut pemerhati pasaran.

Perubahan Dasar Perdagangan AS Dijangka Tidak Beri Impak Besar Kepada Sektor Minyak Sawit Negara

BANGI, 14 Nov (Bernama) -- Sebarang perubahan dalam dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS) susulan kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden baru-baru ini dijangka tidak memberi impak yang besar terhadap sektor minyak sawit negara.  

Malaysia Dijangka Jadi Hab Pembungkusan Asia Tenggara Dalam Tempoh 10 Tahun - Reed Exhibitions

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Malaysia dijangka menjadi hab pembungkusan pengeluaran di Asia Tenggara dalam tempoh 10 tahun lagi, kata Ketua Pegawai Eksekutif Reed Exhibitions (RX) China Josephine Lee.

Tema APEC 2024 Selaras Dengan Tema 'Keterangkuman Dan Kelestarian' ASEAN 2025

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Tema Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-31 (AELW) 2024, “Empower, Include, Grow”, selaras dengan tema ASEAN 2025 iaitu "Keterangkuman dan Kelestarian" yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan.

MATRADE Komited Sokong Pengembangan Perniagaan SPP Tempatan Ke Rantau Berpotensi

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) terus komited menyokong pengembangan perniagaan syarikat peringkat pertengahan (SPP) tempatan ke rantau lain yang berpotensi termasuk Timur Tengah, Afrika dan Amerika Latin.

Hong Kong Buka Pintu Untuk Perniagaan Malaysia Terokai Pasaran GBA

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Syarikat-syarikat Malaysia digalakkan untuk memanfaatkan kedudukan strategik Hong Kong sebagai pintu masuk untuk menubuhkan dan mengembangkan sayap mereka di Greater Bay Area (GBA) Guangdong-Hong Kong-Macao.

Malaysia, Peru Komited Kepada Multilateralisme Bagi Tangani Cabaran Global, Serantau

Daripada M. Saraswathi

LIMA (Peru), 14 Nov (Bernama) -- Malaysia dan Peru menegaskan komitmen kukuh mereka terhadap multilateralisme, dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai teras, serta berkongsi pandangan yang sama mengenai kepentingan memperkukuh institusi multilateralisme untuk menangani cabaran global dan serantau.

PM Anwar Gesa Kerjasama Lebih Kukuh Dengan Selatan Global, Manfaatkan Potensi

LIMA (Peru), 14 Nov (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menekankan kepentingan mengukuhkan hubungan dengan negara-negara Selatan Global yang mempunyai potensi serta peluang baharu yang boleh dimanfaatkan.

Malaysia Harap Dapat Menyumbang Bagi Pembangunan Infra Pelabuhan Chancay, Peru - PM Anwar

Daripada M.Saraswathi

LIMA (Peru), 14 Nov (Bernama) — Malaysia berharap dapat menyumbang dalam usaha pembangunan infrastruktur di Pelabuhan Chancay yang terletak kira-kira 80 kilometer ke utara Lima, ibu negara Peru, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia Mahu Memastikan Industri CCUS Disegerakan Secepat Mungkin - Rafizi

PUTRAJAYA, 13 Nov (Bernama) -- Malaysia mahu memastikan industri pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) dimulakan secepat mungkin di tengah-tengah persaingan yang semakin meningkat dari negara lain, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.