4bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari ketiga berturut-turut hari ini memandangkan pelabur terus berhati-hati menjelang pengumuman mengenai dasar perdagangan utama daripada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka kekal mengalami dagangan secara berhati-hati minggu hadapan, dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mungkin mencatatkan julat kecil apabila pelabur menilai perkembangan ekonomi utama, menurut penganalisis.
4bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dengan indeks petunjuk pasaran turun 0.75 peratus sejajar dengan prestasi pasaran serantau lain apabila sentimen pelabur terjejas susulan pengumuman tarif oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.
4bulan ago
Oleh Mikhail Raj Abdullah
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Sekretariat ASEAN yang berpangkalan di Jakarta harus diberi lebih banyak kuasa untuk mengenal pasti negara yang menggunakan halangan bukan tarif (NTB).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini dengan percubaan selanjutnya dijangka melepasi di bawah paras RM4.40 berikutan peniaga dan pelabur memantau langkah seterusnya berhubung tarif Amerika Syarikat (AS).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Ketua platform antara kerajaan utama di Asia Pasifik menggesa negara-negara di Asia Tenggara untuk memperkukuh kerjasama serantau dan meningkatkan pelaburan bagi mengurangkan impak daripada langkah Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mengenakan tarif tinggi ke atas import dari China, Kanada dan Mexico.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat 1,570 hingga 1,600 minggu depan berikutan kekurangan pemangkin baharu, kata penganalisis.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka kekal dalam fasa penstabilan minggu depan berikutan ketidakpastian berhubung dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka bergerak dalam jajaran kecil minggu depan di tengah-tengah ketidaktentuan berhubung dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia ditengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Ketidaktentuan ekonomi dunia ekoran langkah Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menaikkan tarif ke atas China, Kanada dan Mexico merupakan peluang untuk kerajaan mempercepat reformasi ekonomi.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia pulih hari ini untuk mengakhiri pada paras tertinggi dalam tempoh sebulan selepas jualan sesi sebelumnya, dirangsang oleh kenaikan saham wajaran tinggi di tengah-tengah prestasi positif bursa serantau walaupun prestasi bercampur-campur di Wall Street semalaman.