1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Syarikat perkhidmatan teknologi maklumat FSBM Holdings Bhd, menerusi anak syarikat milik penuhnya FSBM I-Design Sdn Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan VisionTech Pte Ltd (VisionTech) dan Cydentiq Sdn Bhd (Cydentiq).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Pasaran hartanah tempatan dijangka mencatatkan pertumbuhan yang kukuh pada 2025, didorong oleh momentum yang mampan dalam pembangunan kediaman penghuni pemilik dan wujudnya industri baharu seperti pusat data dan tenaga boleh baharu.
1tahun ago
ISKANDAR PUTERI, 16 Jan (Bernama) -- Johor mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM2.1 bilion pada tahun lepas, tertinggi yang pernah direkodkan, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Halal Development Corporation Bhd (HDC) menyasarkan sebanyak 2,443 pengeksport halal Malaysia bagi tahun ini berbanding 1,600 pengeksport setakat Disember 2024.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Sarawak Oil Palms Bhd menyasarkan perolehan RMB2.4 juta (RM1.5 juta) apabila produk utama mereka, AvantHealth Avtriee Tocotrienols, mula dipasarkan di pasaran China.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd meluluskan cadangan pelan penyusunan semula Bintai Kinden Corporation Bhd (BKCB) sekali gus menandakan pencapaian penting dalam usaha syarikat itu ke arah pemulihan kewangan dan untuk keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17).
1tahun ago
Daripada D.Arul Rajoo
LONDON, 15 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertemu rakan sejawatannya dari United Kingdom (UK), Sir Keir Starmer, dan membincangkan tentang usaha untuk meningkatkan hubungan kedua-dua negara kepada perkongsian strategik meliputi semua bidang.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Malaysia perlu sentiasa mencari peluang baharu untuk mengukuhkan hubungan perdagangan luarnya bagi mengurangkan kesan daripada halangan perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS), kata KSI Strategic Institute for Asia Pacific (KSI).
1tahun ago
KUCHING, 15 Jan (Bernama) -- Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghargai pengiktirafan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Petroleum Sarawak Bhd (Petros) sebagai agregator gas tunggal di Sarawak.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengkhiri peningkatan pada sesi awal untuk ditutup rendah hari ini, dengan lebih 900 saham mengalami kerugian, mencerminkan penurunan keyakinan yang berterusan dalam pasaran.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Kenaikan gaji penjawat awam dan pelaksanaan gaji minimum lebih tinggi kekal sebagai faktor utama dalam memacu permintaan dan meningkatkan kemampuan untuk pembelian hartanah di seluruh negara tahun ini, kata Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Kalangan pengarah korporat mengiktiraf kepelbagaian komposisi dalam lembaga pengarah, kecerdasan buatan generatif (GenAI) dan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), bagaimanapun berhadapan cabaran dalam pelaksanaannya, kata satu tinjauan oleh PwC Malaysia.