1tahun ago
Daripada Zarul Effendi Razali
DUBAI, 17 Nov (Bernama) -- Penglibatan pembeli premium pada Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) melalui Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) dilihat sebagai landasan terbaik untuk mengembangkan perniagaan pempamer Malaysia ke peringkat antarabangsa.
1tahun ago
Daripada Siti Aisyah Harun
SRI VIJAYA PURAM (India), 17 Nov (Bernama) -- AirAsia menjadi syarikat penerbangan antarabangsa pertama menawarkan penerbangan terus ke Andaman and Nicobar Islands, dengan tambang berpatutan bermula 15 Nov, 2024.
1tahun ago
GEORGE TOWN, 17 Nov (Bernama) -- Taman Perindustrian Batu Kawan 3 (BKIP 3) Pulau Pinang menerima rancangan penyertaan yang memberangsangkan daripada kalangan pelabur yang berminat.
1tahun ago
KUCHING, 16 Nov (Bernama) -- Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) dan syarikat ahlinya melancarkan Pek Permulaan i-MULA 50 secara rasmi hari ini sebagai sebahagian acara Karnival Celik Kewangan (KCK) Sarawak yang diadakan dari 15 hingga 17 November.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka kekal dalam fasa tidak banyak berubah minggu depan, dengan pelabur memantau perkembangan domestik dan antarabangsa yang boleh mempengaruhi hala tuju pergerakan pasaran.
1tahun ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Urus niaga ringgit dijangka dalam julat lebih kecil pada minggu depan susulan aliran kenaikan dolar Amerika Syarikat (AS), di tengah-tengah unjuran pengurangan kadar faedah di negara maju itu.
1tahun ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) menjangkakan pasaran getah diniagakan secara positif minggu depan, berikutan kelewatan dalam pelaksanaan Peraturan Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Sidang Kemuncak Pembekal Elektronik Malaysia yang diadakan baru-baru ini menyerlahkan usaha berterusan kerajaan untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pelaburan dan inovasi, menampilkan Johor sebagai destinasi pelaburan utama bagi sektor elektronik.
1tahun ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Ringgit meningkat semula pada Jumaat selepas mencatatkan kerugian baru-baru ini untuk ditutup lebih tinggi berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) minggu ini walaupun dolar US mengukuh dirangsang oleh jangkaan bahawa penurunan kadar faedah AS akan berlaku lama lagi, kata seorang ahli ekonomi.
1tahun ago
SHAH ALAM, 15 Nov (Bernama) -- Selangor akan memiliki Taman Reka Bentuk IC Semikonduktor Malaysia keduanya yang akan dilancarkan pada awal 2025 di Cyberjaya, Sepang, kata Menteri Besarnya Datuk Seri Amirudin Shari.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Anak syarikat Meta Bright Group Bhd (MBGB) yang dimiliki sebanyak 70 peratus, Expogaya Sdn Bhd (Expogaya) memperoleh kontrak pembekalan konkrit bernilai kira-kira RM60 juta daripada Megamas Jaya Sdn Bhd (Megamas Jaya).
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekang kenaikan awal apabila mengakhiri dagangan sesi pagi dengan prestasi rendah pada Jumaat, ekoran tekanan jualan dilihat di seluruh papan walaupun data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia adalah positif bagi suku ketiga 2024.