Terdapat 2911 berita berdasarkan kata kunci carian " tenaga"

Johor Raih Potensi Pelaburan Bernilai US$190 Juta Dari Korea Selatan - Menteri Besar

JOHOR BAHRU, 30 Okt (Bernama) -- Kerajaan negeri Johor telah mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat terkemuka Korea Selatan yang berpotensi membawa pelaburan strategik bernilai kira-kira US$190 juta (US$1=RM4.3755) ke negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Unit Haily Raih RM65.1 Juta Kontrak Pembinaan Di Johor Bahru

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Haily Group Bhd, Haily Construction Sdn Bhd meraih kontrak bernilai RM65.1 juta daripada Austin Senibong Development Sdn Bhd.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Ketidaktentuan Pilihan Raya AS

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi pasaran serantau ketika pilihan raya Amerika Syarikat semakin menghampiri dengan pungutan suara menunjukkan persaingan yang sangat sengit. 

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 30 Okt -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah apabila pelabur teragak-agak untuk mengambil langkah menjelang pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) minggu depan dan data ekonomi akan datang yang boleh mempengaruhi Rizab Persekutuan AS membuat keputusan terhadap kadar faedahnya.

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar Susulan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia menyaksikan dagangan mendatar pada sesi awal urus niaga Rabu, diasak sentimen berhati-hati yang berlanjutan menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) pada 5 November ini.

Tawaran Kerja AS Susut, Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Ringgit memulakan dagangan Rabu dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas pengumuman data tawaran pekerjaan negara maju itu bagi September yang mencecah paras terendah dalam tempoh tiga setengah tahun.

HLB Lancar Rangka Kerja Kewangan Lestari, Kumpul RM20 Bilion Untuk Sokong Projek Hijau

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Hong Leong Bank Bhd (HLB) melancarkan Rangka Kerja Kewangan Lestari (SFF) pertamanya yang bertujuan mengumpulkan RM20 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang bagi menyokong projek hijau.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Akhiri Penurunan Enam Hari, Indeks Komposit Naik 0.29 Mata

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan aktiviti belian semasa harga rendah selepas penurunan selama enam hari, berikutan pelabur memburu peluang saham bermodal besar dengan penilaian menarik susulan jualan besar-besaran ekuiti global baru-baru ini.

Pengguna Malaysia Masih Terdedah Kepada Ancaman Siber - Kaspersky

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Pengguna Malaysia masih terdedah kepada ancaman siber, seiring dengan perkembangan pesat pusat data di negara ini, menurut laporan terkini daripada Kaspersky.

Kerajaan Akan Bantu TNB Realisasikan Bersama Inisiatif Grid Kuasa ASEAN - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan memikirkan cara untuk memastikan Tenaga Nasional Bhd (TNB) dapat memainkan peranan dalam merealisasikan inisiatif Grid Kuasa ASEAN (APG).

​Bursa Malaysia Tinggi Semasa Akhir Sesi Dagangan Pagi

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan prestasi tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi pada Selasa, mengambil petunjuk daripada optimisme dalam pasaran Amerika Syarikat (AS) semalaman.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Belian Asing Hambar

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penurunan apabila dibuka rendah pada Selasa, berikutan kekurangan minat belian daripada dana asing, menurut peniaga.