Terdapat 500 berita berdasarkan kata kunci carian " penilai"

Snowflake Lihat Malaysia Sebagai Destinasi Terbaik, Ekonomi ASEAN Penting Untuk Pengembangan

Daripada Nor Baizura Basri

SAN FRANCISCO, 2 Jun (Bernama) -- Snowflake, sebuah syarikat pengkomputeran awan global, melihat Malaysia sebagai salah satu pasaran keutamaan utamanya dan antara ekonomi terpenting di ASEAN untuk mengembangkan operasi terutamanya ketika peningkatan minat daripada syarikat terkemuka dunia yang mahu melabur dalam data terbuka dan pusat data di negara ini.

Institusi Kewangan Disaran Perkukuh Prosedur Kiriman Wang Korporat Sejajar AMLATFPUAA

Oleh Sevagamy Nythiananthan

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Institusi kewangan di Malaysia disaran mengukuhkan prosedur usaha wajar bagi kiriman wang korporat sejajar dengan pengawalseliaan sedia ada di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Permintaan Perodua Sokong Prospek MBM Resources - Penganalisis

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- MBM Resources Bhd (MBMR) dijangka meraih pendapatan lebih stabil pada tahun ini, didorong oleh permintaan terhadap Perodua yang berdaya tahan walaupun mencatat permulaan lebih perlahan bagi tempoh suku pertama tahun kewangan 2025.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini susulan aktiviti pengambilan untung dalam kaunter perkhidmatan kewangan di tengah-tengah sentimen berhati-hati di seluruh pasaran serantau.

MIDF Saran Pelabur Terima Tawaran Felda Ambil Alih FGV Pada RM1.30 Sesaham

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF) mengesyorkan agar pelabur menerima tawaran Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi mengambil alih semua baki saham dalam FGV Holdings Bhd (FGV).

Keuntungan Bersih Maybank Pada RM2.59 Bilion, Dipacu Perbankan Korporat

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Malayan Banking Bhd (Maybank) telah meningkat kepada RM2.59 bilion pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 berbanding RM2.49 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelum ini selepas dipacu oleh segmen perbankan korporat dan pasaran global.

Menteri Ekonomi Asean Bincang 11 Agenda Utama, Seru Kerjasama Lebih Mendalam - Tengku Zafrul

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AECC) ke-25 bersidang hari ini di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dengan 11 agenda utama dibincangkan, memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kerjasama antara negara anggota blok serantau itu.

Bursa Malaysia Dijangka Catat Lantunan Sederhana Minggu Depan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka mencatatkan lantunan sederhana minggu depan susulan aktiviti membeli saham berharga rendah yang berterusan selepas penurunan baru-baru ini.

MPOC Akan Minta Penjelasan Suruhanjaya Eropah Status 'Risiko Standard' Malaysia

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) akan meminta penjelasan Suruhanjaya Eropah (EC) mengenai metodologi penanda aras penuh yang digunakan dalam penilaiannya mengenai status 'risiko standard' yang diberikan kepada Malaysia di bawah Peraturan Penyahhutanan Kesatuan Eropah (EUDR).

Batu Kawan Catat Keuntungan Bersih Sebanyak RM87.88 Juta

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Batu Kawan Bhd melonjak kepada RM87.88 juta untuk suku kedua berakhir pada 31 Mac 2025 berbanding hanya RM84.72 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.

Petronas Chemicals Catat Kerugian Bersih Suku Pertama RM18 Juta Meskipun Perolehan Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM18 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (S1 2025).

Bursa Malaysia Ditutup Bercampur-Campur

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan bercampur-campur berikutan ketiadaan pemangkin baharu dan seiring prestasi pasaran serantau yang menguncup.