BERITA TERKINI   Presiden PBRS Arthur Joseph Kurup dilantik Pengerusi BN Sabah - Setiausaha Agung BN Zambry | Dewan Tertinggi BN terima penyertaan semula PPP - Setiausaha Agung BN Zambry | MIC masih bersama BN, isu keluar hanya spekulasi - Setiausaha Agung BN Zambry | 

Terdapat 600 berita berdasarkan kata kunci carian " sumbangan"

Malaysia Catat Pelaburan Diluluskan Sebanyak RM89.8 Bilion Pada Suku Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Malaysia mencatatkan pelaburan diluluskan sebanyak RM89.8 bilion bagi suku pertama 2025, peningkatan 3.7 peratus tahun ke tahun meskipun berdepan persekitaran ekonomi global yang mencabar.

Kitar Semula Aset, Perolehan Pacu Sektor REIT Pada Separuh Pertama 2025 -- Maybank Investment

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank Investment Bank) menjangkakan pemangkin, seperti kitar semula aset dan perolehan baharu akan menyokong sektor amanah pelaburan hartanah (REIT) dalam separuh pertama 2025, memandangkan pengurusan merentas sektor mengekalkan prospek optimistik yang berhati-hati.

Pakar Cukai: Semakan SST Bersasar Sokong Kesihatan Fiskal Negara

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Semakan kadar Cukai Jualan dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan merupakan sebahagian daripada langkah fiskal bersasar untuk memastikan kewangan negara kekal berada pada landasan yang mampan, kata pakar percukaian.

Penyertaan Semula AMMB Dijangka Bawa 2.7 Peratus Wajaran Ke FBM KLCI - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Penyertaan semula AMMB Holdings Bhd sebagai konstituen utama Indeks FTSE  Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susulan semakan separuh tahunan dijangka membawa sumbangan wajaran 2.7 peratus, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.

MIDF Manfaatkan Kewangan Islam Pacu Transformasi Perindustrian Negara

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) memanfaatkan kewangan Islam untuk mempercepat transformasi perindustrian negara, khususnya dalam sektor pertumbuhan tinggi seperti pembuatan termaju, teknologi hijau, ekonomi digital dan industri halal.

Snowflake Mampu Berperanan Penting dalam DEFA ASEAN

Daripada Nor Baizura Basri

SAN FRANCISCO, 4 Jun (Bernama) -- Syarikat pengkomputeran awan, Snowflake yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) berkata ia boleh memainkan peranan penting dalam Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) kerana negara anggota blok itu menyasarkan untuk memuktamadkan rundingan menjelang akhir tahun ini.

Axiata Lantik Didi Syafruddin Sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Axiata Group Bhd melantik Didi Syafruddin Yahya sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, berkuat kuasa 1 Jun, 2025.

CIMB Catat Keuntungan Bersih Suku Pertama Sebanyak RM1.97 Bilion

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih CIMB Group Holdings Bhd meningkat 9.6 peratus kepada RM1.97 bilion pada suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 berbanding RM1.94 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.

Untung Bersih Suku Pertama IHH Healthcare Susut Kepada RM514 Juta

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih IHH Healthcare Bhd menyusut kepada RM514 juta bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 daripada RM768 juta bagi tempoh yang sama tahun sebelum itu.

MITI Masih Belum Lantik Pengerusi Baharu HDC - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) masih belum melantik pengerusi Halal Development Corporation Bhd (HDC) yang baharu selepas kontrak Khairul Azwan Harun tamat pada 17 Mei lepas.

Untung Bersih Kerjaya Prospek Meningkat Kepada RM46.07 Juta Pada Suku Pertama

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd mencatat keuntungan bersih sebanyak RM46.07 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2025, meningkat daripada RM33.55 juta pada suku pertama tahun lepas.

Sarawak Belanja RM27.7 Bilion Laksanakan 1,387 Projek Di Bawah RMK-12

KUCHING, 28 Mei (Bernama) -- Kerajaan negeri Sarawak telah membelanjakan sejumlah RM27.7 bilion bagi melaksanakan 1,387 projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), kata Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas.