1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan penurunan untuk ditutup rendah hari ini, didorong oleh aktiviti pengambilan untung selepas kenaikan selama empat hari dalam persekitaran prestasi pasaran serantau yang kebanyakannya tinggi, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Strategi “China Plus One” dijangka lebih pesat susulan Donald Trump diundi semula sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), yang akan memberi manfaat kepada Malaysia melalui peningkatan pelaburan dan potensi eksport lebih cerah.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Eco World Development Group Bhd (EcoWorld Malaysia) menandatangani beberapa perjanjian untuk membangunkan 10 bidang tanah pegangan bebas di Selangor, susulan penyertaannya dalam proses permintaan untuk cadangan (RFP) yang dimulakan oleh Boustead Properties Bhd (BProp).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, didorong oleh sentimen pelabur yang berhati-hati walaupun Wall Street mencatat prestasi kukuh dalam tempoh semalaman.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) rendah semasa awal dagangan di Bursa Malaysia Derivatives pada Khamis.
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa dirangsang oleh hala tuju pelabur yang lebih jelas dalam pasaran susulan pengumuman Kadar Dasar Semalaman (OPR) semalam.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Lotte Chemical Titan Holding Bhd (LCT) mencatatkan kerugian bersih tinggi sebanyak RM246.42 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept,2024 berbanding kerugian bersih RM55.58 juta bagi tempoh sama tahun lepas.
1tahun ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu kerana harga meningkat melebihi RM4,900 setiap tan untuk kontrak penanda aras Januari 2025, kata seorang peniaga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, Nov 6 (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Anak syarikat Parkson Holdings Bhd, Parkson Retail Group Ltd (PRGL) telah memperoleh dua perjanjian pajakan penting di Shanghai dan Nanning, China dengan jumlah nilai gabungan kira-kira RM358.8 juta.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Syarikat milik penuh AMMB Holdings Bhd (AMMB Holdings), AmBank (M) Bhd dan AmBank Islamic Bhd (AmBank Islamic) selesai memfailkan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada Selasa untuk menubuhkan program terbitan kertas komersial dan kertas komersial Islam (ICP) masing-masing bernilai RM4 bilion serta RM3 bilion, mengikut nilai nominal.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, didorong oleh dasar ekonomi tempatan yang menggalakkan, sentimen positif daripada pendapatan saham teknologi yang kukuh dan prospek pasaran Amerika Syarikat (AS) yang memberangsangkan, kata penganalisis.