1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Adnan Zaylani Mohamad Zahid.
1tahun ago
KUALA TERENGGANU, 8 Nov (Bernama) -- Syarikat pelaburan induk strategik kerajaan Terengganu, Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memeterai dua memorandum persefahaman (MoU) dengan MB Holding LLC Group dari Oman untuk tujuan meneroka potensi kerjasama industri di negeri tersebut.
1tahun ago
BARCELONA, 8 Nov (Bernama) -- Menteri Digital Gobind Singh Deo menyatakan komitmennya untuk membantu lebih ramai pemain industri bandar pintar Malaysia mengembangkan sayap mereka ke pentas dunia.
1tahun ago
PETALING JAYA, 7 Nov (Bernama) -- SIRIM Bhd telah diiktiraf atas keupayaannya untuk menerajui pembangunan piawaian dan pensijilan keluli hijau sekali gus mewujudkan standard global bagi keluli sifar bersih yang dihasilkan secara mampan, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Syarikat gergasi telekomunikasi China, Huawei telah menyediakan beratus-ratus tapak rangkaian mudah alih, perkhidmatan pengkomputeran awan dan pusat operasi pintar di Sarawak yang membantu meningkatkan liputan rangkaian tanpa wayar di kawasan pedalaman.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Malaysia bersedia menghadapi era baharu pelaburan, disokong oleh visi yang jelas untuk mentransformasikan ekonomi dan komitmen menarik pelaburan sejajar dengan pertumbuhan tinggi negara, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1tahun ago
KULAI, 7 Nov (Bernama) -- Perjanjian Bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) di antara Malaysia dengan Singapura dijangka ditandatangani pada 9 Disember depan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah US$117.6 bilion (US$1 = RM4.40) setakat 30 Okt, 2024, berbanding US$119.6 bilion pada 15 Okt 2024.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Peningkatan aliran masuk pelaburan, kutipan cukai yang lebih baik berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan defisit fiskal lebih kecil merupakan pemangkin positif yang dijangka memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia antara 5.0- 5.5 peratus pada 2024 dan 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Kerjasama antara syarikat percetakan Malaysia dan Turkiye bukan sahaja mengukuhkan hubungan bilateral antara kedua-dua negara, pada masa sama memperkukuhkan perkongsian kepakaran dan teknologi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- BMI yang juga unit Fitch Solutions melihat potensi rangkaian 5G kedua Malaysia berperanan sebagai penyedia kesalinghubungan khusus terutama dalam menyokong aplikasi Internet Kebendaan Perindustrian (IIoT).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dalam rangka lawatan di China, sempat mengetuai delegasi Malaysia dalam pertemuan satu demi satu dengan empat syarikat terkemuka di Shanghai, sebelum meneruskan lawatan ke Beijing, hari ini.