Terdapat 3090 berita berdasarkan kata kunci carian " mata"

Untung Bersih F&N Melonjak Kepada RM542.77 Juta Bagi Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) meningkat kepada RM542.77 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept, 2024 daripada RM536.90 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.

Ringgit Kekalkan Kedudukan Kukuh, Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Ringgit terus berada di kedudukan lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan ditutup tinggi pada Selasa selepas mengalami penurunan baru-baru ini, apabila pasaran menjangkakan pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed), kata pakar ekonomi.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Menjelang Keputusan Mesyuarat MPC

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri penyusutan awal dengan ditutup tinggi hari ini apabila belian pada saat-saat akhir mendorong indeks petunjuk utama mencapai paras tertinggi harian berikutan jangkaan pasaran bahawa Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia mengekalkan Kadar Dasar Semalaman pada mesyuarat esok.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup  tinggi hari ini.

Harga MSM Diunjur Meningkat 6.3 Peratus Pada 2025, Purata RM4,250 Satu Tan - AmInvest

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka mengukuh pada 2025, dengan purata RM4,250 satu tan, mewakili peningkatan 6.3 peratus tahun ke tahun, menurut AmInvestment Bank Bhd (AmInvest).

Ringgit Masih Kukuh, Naik 5.03 Peratus Berbanding Dolar AS Setakat 4 Nov - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Nilai ringgit masih kukuh walaupun terdapat pelbagai perkembangan dan penyesuaian pasaran baru-baru ini apabila setakat 4 Nov 2024,  mata wang tempatan mengukuh 5.03 peratus berbanding dolar AS.

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah pada dagangan Selasa.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama)  -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Selasa dengan lebih rendah, menjejaki prestasi semalaman Wall Street ketika pelabur kekal berhati-hati menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS), hari ini.

Ringgit Terus Mengukuh Pada Sesi Awal Susulan Kelemahan Dolar AS

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Ringgit mengekalkan momentum pengukuhannya apabila dibuka meningkat pada Selasa ketika Indeks Dolar Amerika Syarikat (DXY) lemah susulan pengumuman data gaji bukan perladangan negara maju itu, Jumaat lepas.

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Kebanyakannya Tinggi

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi hari ini.

Saham Perladangan, Pembinaan Pacu Bursa Malaysia Ditutup Meningkat

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan mencecah paras intra harian tertinggi, dipacu oleh aktiviti memburu saham wajaran tinggi, terutama perladangan dan pembinaan.

Sentimen Pemilihan Presiden, Kadar Faedah AS Dorong Ringgit Ditutup Mengukuh

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Ringgit diniagakan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada penutup urus niaga Isnin menjelang jangkaan pengurangan kadar faedah utama negara maju itu di tengah-tengah ketidaktentuan membabitkan pemilihan presiden AS esok, kata ahli ekonomi.