1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Public Bank Bhd bercadang untuk mengambil alih 44.15 peratus daripada kepentingan ekuiti dalam LPI Capital Bhd untuk pertimbangan tunai berjumlah RM1.72 bilion atau RM9.80 sesaham.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025, yang akan dibentangkan pada 18 Oktober, merupakan belanjawan terakhir di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) dan dijangka menyediakan asas kepada Rancangan Malaysia Ke-13 (2026-2030) yang akan datang.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- AirAsia Group Bhd (AirAsia) diiktiraf oleh OAG Megahubs Index 2024 selaku penyumbang utama status Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai lapangan terbang paling terhubung atau hab mega bagi syarikat penerbangan tambang rendah (LCC) di peringkat global.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Saham Public Bank Bhd (Public Bank) dan LPI Capital Bhd (LPI Capital) akan disambung semula dagangan berkuat kuasa 9 pagi esok, menurut makluman berasingan daripada kedua-dua syarikat itu kepada Bursa Malaysia hari ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) hari ini mengumumkan pemeteraian tujuh memorandum persefahaman (MoU) dengan potensi pelaburan melebihi RM1 bilion dalam sektor hijau di acara Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau serta Produk Eko Malaysia (IGEM) 2024 di sini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) berjaya memuktamadkan perbincangan bagi Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif (CEPA), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
1tahun ago
KUCHING, 10 Okt (Bernama) -- Sarawak bersedia untuk mempelajari serta menerajui ekonomi mampan global menerusi pembangunan tenaga hijau dan boleh diperbaharui, pertanian lestari serta inovasi digital.
1tahun ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kerajaan perlu meningkatkan pelaburan dalam teknologi yang dipacu kecerdasan buatan (AI), pembangunan kemahiran dan keterangkuman ekonomi yang lebih besar dalam Belanjawan 2025, kata Learning Edge, sebuah organisasi pembangunan bakat.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) — Malaysia kini di landasan tepat bagi menguasai bahagian penting dalam pasaran digital global, seiring jangkaan ekonomi digital negara menyumbang 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang akhir tahun depan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh SkyWorld Development Bhd, Aspirasi Cekap Sdn Bhd (ACSB) memeterai perjanjian pembangunan bersama dengan PR1MA Corporation Malaysia untuk membina rumah mampu milik.
1tahun ago
LABUAN, 9 Okt (Bernama) -- Minat yang semakin meningkat terhadap aset digital dan instrumen kewangan alternatif memacu inovasi dan pertumbuhan dalam sektor kewangan Labuan.
1tahun ago
LABUAN, 9 Okt (Bernama) -- Asia International Exchange (AIX) mencatat peristiwa penting hari ini apabila menyempurnakan prapelancaran platform aset digitalnya yang menjadikan Labuan sebagai hab teknologi kewangan (fintech) utama di rantau ini.