1tahun ago
SHAH ALAM, 6 Nov (Bernama) -- Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) menjangkakan penangguhan penghantaran kumpulan lembu betina pertamanya dari Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh enam bulan hingga satu tahun berikutan pembatalan penghantaran, akibat kebimbangan wabak selesema burung.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kerajaan melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah memperkenalkan dua dana baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), iaitu Dana Pemacu Pelaburan Domestik (DIAF) dan Dana Pemacu Pelaburan Asing (FIAF).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Malaysia bercadang untuk menggunakan penjanaan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga negara pada masa hadapan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Nilai ringgit masih kukuh walaupun terdapat pelbagai perkembangan dan penyesuaian pasaran baru-baru ini apabila setakat 4 Nov 2024, mata wang tempatan mengukuh 5.03 peratus berbanding dolar AS.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini mengeluarkan kenyataan berasingan mengenai kerugian sebanyak RM43.9 juta yang dialami kedua-dua syarikat itu setelah menjual pegangan dalam platform e-dagang Fashion Valet Sdn Bhd dengan harga RM3.1 juta.
1tahun ago
MELAKA, 29 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri akan memastikan industri halal dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia meraih manfaat daripada dasar perdagangan dan pelaburan ASEAN apabila negara memegang jawatan sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Malaysia berhasrat untuk "mempertingkat" dan memuktamadkan beberapa perjanjian perdagangan bebas (FTA) sedia ada dengan negara tertentu seperti China, India dan ekonomi anggota ASEAN.
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A. Rahman
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pengiktirafan Malaysia sebagai satu daripada 13 negara yang secara rasmi menganggotai BRICS sebagai negara rakan memberikan peluang ekonomi yang ketara, membuka akses kepada perdagangan, pelaburan dan kerjasama dengan pasaran sedang pesat membangun terbesar di dunia termasuk Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) melabur RM219 juta untuk kepentingan minoriti dalam Cyan Renewables (Cyan), pemilik dan pengendali kapal sokongan luar pesisir terbesar di Asia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Prospek ekonomi Malaysia untuk 2025 kelihatan optimis dengan kombinasi peluang dan cabaran di hadapan, menurut Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Inisiatif yang dibentangkan dalam Belanjawan 2025 membolehkan Malaysia menarik lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi, inovatif dan mampan yang seterusnya menjadikan negara destinasi pelaburan terpilih di rantau Asia Tenggara.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Strategi pelbagai hala oleh kerajaan memperlihatkan tumpuan kepada konsolidasi fiskal di samping menyokong pertumbuhan ekonomi dan mengekalkan jaringan keselamatan sosial, kata Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).