Terdapat 529 berita berdasarkan kata kunci carian " pemulihan "

IMF Semak Unjuran KDNK Malaysia Kepada 4.1 Peratus Bagi 2025

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menurunkan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebenar Malaysia bagi 2025 kepada 4.1 peratus daripada 4.7 peratus sebelumnya, mencerminkan semakan penurunan yang lebih meluas di seluruh rantau ini. 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini susulan harga minyak mentah dan minyak kacang soya yang lebih kukuh, kata pedagang minyak sawit, David Ng.

Harga Minyak Sawit Dijangka Kekal Pada RM3,900 Setan Selepas Peroleh Semula Daya Saing

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Harga minyak sawit dijangka kekal pada RM3,900 setan dalam beberapa minggu akan datang, disokong oleh pemulihan harga minyak kacang soya yang meningkatkan daya saing harga minyak sawit, menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

Pasaran Getah Ditutup Lebih Rendah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini menjejaki pasaran niaga hadapan getah serantau yang melemah dan ringgit yang mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.

Jingxing Group Komited Sediakan RM1.9 Bilion Bagi Pengembangan Operasi Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Zhejiang Jingxing Paper Joint Stock Co. Ltd, Jingxing Holdings (M) Sdn Bhd komited menyediakan RM1.9 bilion bagi pengembangan fasa kedua operasinya di Banting, Selangor.

MAVCOM Laporkan 99 Peratus Aduan Pada Separuh Kedua 2024 Telah Diselesaikan

KUALA LUMPUR, April 22 (Bernama) -- Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) melaporkan sebanyak 99 peratus daripada semua aduan yang diterima pada separuh kedua 2024 (2H 2024) telah berjaya diselesaikan.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Minyak Mentah Lemah, Ringgit Mengukuh

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini untuk hari keenam berturut-turut berikutan harga minyak mentah yang lemah dan pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat yang memberi tekanan kepada pasaran.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Pemulihan Dalam Pasaran Bon AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup kebanyakannya lebih rendah pada hari Jumaat, menjejaki kerugian pada Comex selepas komoditi itu melemah susulan pengukuhan dalam pasaran bon Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

Aman Seterra Sanctuary Bakal Jadi Perkampungan Persaraan Berkonsepkan Islam Pertama Di Dunia

ALOR SETAR, 17 April (Bernama) -- Aman Seterra Sanctuary yang bakal dibina di Kuala Temoyong, Langkawi tahun depan bakal menjadi Perkampungan Persaraan Antarabangsa berkonsepkan Islam yang pertama di dunia.

Niaga MSM Ditutup Rendah Berikutan Kebimbangan Peningkatan Pengeluaran

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu bagi hari ketiga berturut-turut seiring dengan harga kacang soya lebih rendah di di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT).

Bursa Malaysia Teruskan Kenaikan Disokong Sentimen Positif

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum positifnya untuk ditutup lebih tinggi hari ini berikutan sentimen pelabur yang bertambah baik seiring dengan prestasi pasaran serantau yang memberangsangkan.

CMS Cadang Bangunkan Clinker Line Dua, Gandakan Pengeluaran Simen

KUCHING, 12 April (Bernama) -- Cahya Mata Cement Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Cahya Mata Sarawak Bhd (CMS) sedang memohon kelulusan daripada Kerajaan Sarawak bagi memulakan pembangunan fasiliti baharunya, Clinker Line 2, di Mambong, di sini.