BERITA TERKINI   (TIDAK RASMI) BN mendahului PRK DUN Lamag dengan majoriti 538 undi - Setiausaha Agung UMNO | (TIDAK RASMI) BN mendahului PRK Parlimen Kinabatangan dengan majoriti 4,777 - Setiausaha Agung UMNO | (Tidak Rasmi) BN mendahului PRK DUN Lamag dengan majoriti 538 undi - Setiausaha Agung UMNO | (Tidak Rasmi) BN mendahului PRK Parlimen Kinabatangan dengan majoriti 4,777 - Setiausaha Agung UMNO | PRK Kinabatangan, Lamag: Semua pusat pengundian ditutup 5.30 petang ini - SPR | 

Terdapat 386 berita berdasarkan kata kunci carian " penurunan kadar"

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Sedikit

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi sedikit pada Selasa, dipacu oleh kebimbangan terhadap bekalan getah asli yang terhad berikutan musim daun getah luruh yang berterusan serta cuaca yang lembap di negara-negara pengeluar utama, kata seorang peniaga.

Ringgit Ditutup Kukuh Berbanding Dolar AS Susulan Jangkaan Penurunan Kadar AS

Oleh NurulJannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini mendapat rangsangan daripada jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat  (Fed) akan menurunkan kadar faedahnya.

Ringgit Dibuka Lebih Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pada awal dagangan hari ini berikutan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dilihat tidak berkecenderungan untuk menurunkan kadar dalam tempoh terdekat, kata penganalisis.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald dan Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS selepas Amerika Syarikat (AS) melaporkan data ekonomi yang lebih lemah, membayangkan pengurangan kadar oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS dan prospek penurunan Kadar Dana Fed dijangka terus kekal, kata seorang penganalisis.

Kadar Faedah AS Diumum Minggu Depan, Ringgit Dijangka Diniagakan Berhati-hati

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan menjelang mesyuarat Jawatankuasa  Pasaran Terbuka Persekutuan AS pada 28-29 Januari ini.

Ringgit Diunjur Cecah RM4.45 Berbanding Dolar AS Menjelang Akhir Tahun - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Ringgit dijangka bergerak mendatar, dengan unjuran bagi akhir tahun pada RM4.45 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan kekurangan minat belian selepas mencatatkan kenaikan baru-baru ini walaupun prestasi pasaran serantau lebih baik sejajar dengan prestasi Wall Street semalaman yang menggalakkan.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Karina Imran dan Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan pelabur kekal berhati-hati disebabkan inflasi yang lebih tinggi daripada jangkaan dan menjelang kemas kini dasar bank pusat global.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Disokong Penurunan Inflasi

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong oleh data yang menunjukkan penurunan kadar inflasi Malaysia, kata ahli ekonomi.

Dolar AS Dijangka Mengukuh Tahun Ini Walaupun Pasaran Tidak Menentu - Manulife

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) dijangka mengukuh pada tahun ini di walaupun terdapat amaran mengenai kemungkinan berlakunya ketidaktentuan pasaran, kata Manulife Investment Management.

AHAM Capital Umum Agihan Pendapatan RM1.11 Bilion Pada Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- AHAM Asset Management Bhd (AHAM Capital) mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak RM1.11 bilion pada tahun kewangan 2024, meliputi 89 dana borong dan runcit.  

Pasaran Getah KL Ditutup Rendah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur mengakhiri minggu ini dengan ditutup rendah hari ini berikutan petunjuk bercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.