9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Inflasi Malaysia diunjurkan pada 2.3 peratus tahun ini dan 2.9 peratus pada 2025 berbanding unjuran Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu antara 2 peratus dan 3.5 peratus bagi 2024, kata Ketua Ahli Ekonomi Allianz SE Ludovic Subran.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Iskandar Malaysia telah mencatatkan pelaburan komited sebanyak RM40.3 bilion manakala pelaburan direalisasikan mencecah RM22.5 bilion bagi tempoh Januari hingga September lepas, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd menyemak semula unjuran inflasi 2024 kepada 2.0 peratus daripada 2.3 peratus sebelum ini, dengan mengambil kira rasionalisasi subsidi petrol tidak dilaksanakan tahun ini.
9bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini bagi hari keempat berturut-turut, seiring dengan pasaran serantau berikutan penjualan ekuiti global yang meluas, kata seorang penganalisis.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh data inflasi yang stabil.
9bulan ago
BANGI, 24 Okt (Bernama) -- Pemilihan negara sebagai antara rakan dalam BRICS dapat membantu membuka lebih banyak ruang dari aspek perdagangan antara Malaysia dan negara-negara dalam blok itu, kata Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA- UKM) Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali.
9bulan ago
BANGI, 24 Okt (Bernama) -- Kerajaan dicadangkan menggunakan pendekatan yang tidak menganggu harga pasaran sedia ada dalam usaha melaksanakan penyasaran subsidi RON 95 supaya barangan keperluan di negara ini menjadi lebih mampu milik untuk rakyat.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Kestabilan politik dan pertumbuhan kukuh yang dicatatkan Malaysia baru-baru ini membuka laluan untuk kerajaan melaksanakan pembaharuan penting, termasuk menyusun semula subsidi bahan api dan tenaga yang tinggi, menurut Morgan Stanley Investment Management.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Japan Bank for International Cooperation (JBIC) komited untuk menyokong Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam menarik pelaburan berkualiti tinggi dari Jepun, terutama dalam sektor tenaga lestari dan pembangunan industri berteknologi tinggi.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Prospek ekonomi Malaysia untuk 2025 kelihatan optimis dengan kombinasi peluang dan cabaran di hadapan, menurut Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).