3bulan ago
BUKIT KAYU HITAM, 29 Sept (Bernama) - Northern Gateway (NGX) dengan kerjasama Kumpulan Syarikat NCT (Kumpulan NCT) akan membangunkan Taman Perindustrian Bersepadu Pintar Terurus (MIP) NCT InnoSphere, di sini, yang bakal menjadi pemacu baharu pembangunan di kawasan ini.
3bulan ago
SEREMBAN, 29 Sept (Bernama) -- Negeri Sembilan bakal menerima pelaburan baharu dengan anggaran nilai keseluruhan sebanyak RM300 juta menerusi pembangunan projek gudang automatik berteknologi tinggi di Bandar Enstek, di sini.
3bulan ago
LABUAN, 29 Sept (Bernama) -- Operasi perniagaan syarikat asing dan Malaysia di Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) merangsang aktiviti ekonomi, pelaburan dan hasil yang memberi manfaat kepada pendapatan negara, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
3bulan ago
UALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Malaysia berperanan penting dalam memajukan landasan ekonomi ASEAN-India selain akan menjadi pusat dalam membentuk kerjasama yang berdaya tahan, terhubung dan mampan untuk dekad akan datang, kata Jitin Prasada.
3bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Malaysia dan ASEAN meneguhkan komitmen terhadap perdagangan berasaskan peraturan dan multilateral, di samping memperkukuh kerjasama lebih erat dengan Kesatuan Eropah (EU) dalam usaha memacu kemakmuran sejagat.
3bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Jepun kekal sebagai satu daripada rakan dagang dan pelabur terbesar ASEAN dengan jumlah perdagangan dua hala mencapai US$236.4 bilion (US$1 = RM4.2) pada tahun lepas, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Kerajaan perlu bekerjasama rapat dengan sektor swasta dalam menggubal dasar serta kawal selia yang boleh memudahkan serta mempercepat pelaksanaan projek terutama infrastruktur rel untuk memastikan kemampanan jangka masa panjang, kata kalangan peserta industri.
3bulan ago
JOHOR BAHRU, 24 Sept (Bernama) -- Johor mencatat pencapaian bersejarah apabila syarIkat gergasi teknologi dunia, NVIDIA bersama YTL Corporation, memilih negeri ini sebagai salah satu daripada hanya lima NVIDIA Cloud Partners di peringkat global.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Hubungan ekonomi lebih rapat (CER) di antara ASEAN, Australia dan New Zealand diperkukuh menerusi rangka kerja seperti Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Australia-New Zealand (AANZFTA) serta Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang lebih meluas.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) - Malaysia bersedia memainkan peranan penting dalam mengubah sektor perkhidmatan di rantau ini dengan menjadi tuan rumah Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa ASEAN (AIFTIS) yang julung kali diadakan pada 17-18 November, 2025.
4bulan ago
GEORGE TOWN, 23 Sept (Bernama) -- Semua pembayar cukai digesa supaya tidak berlengah dan menunggu saat akhir untuk melaksanakan e-Invois, sebaliknya membuat persediaan awal bagi memastikan proses itu berjalan lancar, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
4bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Kehadiran Jepun di Asia Tenggara terus berperanan penting dalam menyeimbangkan persaingan kuasa besar ketika negara ASEAN mempelbagaikan pasarannya, sekali gus menjadikan Jepun sebagai rakan pembiayaan jangka masa panjang yang boleh dipercayai dan sebuah pasaran strategik.