5bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Hong Leong Financial Group Bhd (HLFG) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2025 meningkat kepada RM3.25 bilion daripada RM3.19 bilion pada tahun kewangan sebelumnya, dipacu oleh prestasi yang lebih baik dalam perbankan komersial dan insurans.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Malaysia Debt Ventures Bhd (MDV) meluluskan pembiayaan berjumlah RM122.65 juta kepada enam buah syarikat berasaskan teknologi yang melaksanakan projek peralihan tenaga di bawah Fasiliti Peralihan Tenaga Nasional (NETF).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd (PNBMV) mencadangkan terbit program Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) (Program Sukuk Wakalah Merdeka) dengan nilai nominal sehingga RM6 bilion.
5bulan ago
Daripada Harizah Hanim Mohamed
BUSAN, 26 Ogos (Bernama) -- Hala tuju dasar yang jelas dan kepastian kawal selia oleh kerajaan perlu diselaraskan dengan inovasi, penggunaan teknologi dan pembiayaan sektor swasta berikutan kerjasama awam-swasta adalah pemudah cara utama dalam memodenkan sistem tenaga, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Di sebalik persekitaran pasaran yang kurang memberangsangkan, Malayan Banking Bhd (Maybank) terus berusaha untuk mencari peluang pertumbuhan di seluruh segmen, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Datuk Seri Khairussaleh Ramli.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Public Bank Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sedikit sebanyak RM1.76 bilion bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2025, berbanding RM1.78 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lalu.
5bulan ago
KUCHING, 25 Ogos (Bernama) -- Kumpulan Affin dan Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC Malaysia) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menyediakan pembiayaan sebanyak RM500 juta untuk menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta syarikat peringkat pertengahan (MTC) di seluruh Malaysia.
5bulan ago
JOHOR BAHRU, 22 Ogos (Bernama) -- MBSB Bhd (MBSB) dan DayOne Data Centres hari ini memeterai kerjasama strategik untuk membantu memacu pembangunan infrastruktur digital serta transformasi ekonomi Johor selaras dengan agenda Johor Maju 2030.
5bulan ago
Oleh Nor Baizura Basri
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Malaysia terus menonjol sebagai destinasi pilihan dengan kedudukan strategiknya yang menyediakan peluang untuk menubuhkan dan mengembangkan operasi serantau bagi pelbagai sektor industri, kata sebuah firma perunding.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Malaysia perlu beralih kepada pembangunan ekonomi yang berasaskan penciptaan nilai dengan meningkatkan kerencaman ekonomi untuk menaikkan siling, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia) menyokong FMM House Sdn Bhd dalam melancarkan Program Nota Jangka Sederhana (MTN) Hijau ASEAN bernilai RM3 bilion, satu inisiatif yang bertujuan untuk memajukan pembangunan mampan dalam infrastruktur logistik Malaysia.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Peruntukan sebanyak RM1.4 bilion di bawah Skim Insentif Pembiayaan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS 2.0) yang dipohon Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) bagi tempoh lima tahun, disasarkan bagi meliputi keluasan tanaman semula sawit sebanyak 82,979 hektar.