5bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd menjangkakan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) akan terus meraih tarikan dalam kalangan pelabur, institusi dan pihak berkepentingan serantau.
5bulan ago
MUAR, 27 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk memperkasa Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan melonjakkan pembangunan Johor sebagai pintu masuk strategik negara.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan, seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Risiko tarif Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi ke atas Malaysia apabila tarikh akhir 1 Ogos semakin hampir mungkin akan mempengaruhi Bursa Malaysia minggu depan walaupun kaunter berorientasikan domestik dijangka kekal berdaya tahan, disokong oleh permintaan dalaman yang kukuh dan kesan positif fiskal.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari ini dengan lebih rendah selepas kenaikan dalam dua sesi berturut-turut ketika pelabur bertindak mengambil untung selain berpendirian tunggu dan lihat di tengah-tengah rundingan berterusan Malaysia-Amerika Syarikat (AS) bagi mencapai kadar tarif 20 peratus.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Indeks Teknologi Bursa Malaysia naik 0.04 mata kepada 52.36 manakala kebanyakan indeks sektoral lain kekal dalam wilayah negatif.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- AIMS Data Centre Sdn Bhd (AIMS) telah memacu usaha untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab data terkemuka Asia Tenggara dengan melengkapkan blok hab datanya di Cyberjaya lebih awal daripada jadual.
5bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra hari bagi sesi kedua berturut-turut pada Khamis, dipacu oleh keyakinan global dan pusingan terbaharu bantuan fiskal kerajaan yang menyebabkan pelabur kembali ke pasaran tempatan.
5bulan ago
SUBANG JAYA, 24 Julai (Bernama) -- Dobot Malaysia Sdn Bhd menyasar meraih pendapatan sebanyak RM3 juta tahun ini susulan pengembangan operasinya di Malaysia.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Langkah-langkah sokongan fiskal terkini yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengukuhkan sektor pengguna di Malaysia dengan menggalakkan perbelanjaan dalam tempoh jangka pendek terutamanya bagi barangan keperluan dan runcit berasaskan nilai, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) akan meneliti penambahbaikan secara menyeluruh jika Kaedah Perolehan Tender Terbuka Pra-Kelayakan Terpilih (Perolehan Pre-Q Terpilih) diperkenalkan semula.
6bulan ago
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 23 Julai (Bernama) -- Malaysia terus mempamerkan ekonominya yang berdaya tahan pada 2025, disokong oleh permintaan domestik yang kukuh, aktiviti pelaburan yang memberangsangkan dan keadaan pasaran buruh yang kukuh walaupun berdepan tekanan daripada ketegangan perdagangan global dan ketidaktentuan dasar.