4bulan ago
Daripada Harizah Hanim Mohamed
BUSAN, 27 Ogos (Bernama) -- Malaysia menyokong penuh matlamat Korea Selatan untuk Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga APEC ke-15 (APEC EMM15) bertemakan ‘Pertumbuhan Mampan melalui Inovatif dan Peralihan Inklusif’ kerana ia tepat pada masanya, relevan dan sejajar dengan agenda peralihan tenaga negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
4bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Malaysia sedang berusaha keras untuk mencapai sasaran Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) untuk meningkatkan tenaga boleh baharu (RE) kepada 70 peratus daripada kapasiti negara menjelang 2050 dengan kerajaan, agensi, syarikat dan penggiat industri semuanya bekerjasama ke arah matlamat ini.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia sebagai pengerusi ASEAN berhasrat untuk mengadakan sidang kemuncak negara-negara anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang terdiri daripada pelbagai ekonomi utama Asia di sini pada Oktober.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan akan membangunkan dasar atau garis panduan dan meneroka platform pemerdagangan kredit karbon biru sebagai langkah memperkasa ekonomi biru negara, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
4bulan ago
Daripada Harizah Hanim Mohamed
BUSAN, 26 Ogos (Bernama) -- Hala tuju dasar yang jelas dan kepastian kawal selia oleh kerajaan perlu diselaraskan dengan inovasi, penggunaan teknologi dan pembiayaan sektor swasta berikutan kerjasama awam-swasta adalah pemudah cara utama dalam memodenkan sistem tenaga, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Keperluan untuk merangka mekanisme pasaran baharu secara khusus bagi menyokong pemprosesan biojisim sawit sebagai produk komersial boleh dipertimbangkan pada masa hadapan, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kepimpinan global Malaysia dalam eksport sarung tangan getah dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) bergantung pada penekanan yang berterusan terhadap pembaharuan pembuatan, pendigitalan, kemampanan dan pasaran buruh bernilai tinggi.
4bulan ago
Oleh Saraswathi Muniappan
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd masih mempunyai peranan penting dalam ekosistem modal teroka negara terutamanya dalam menggalakkan keusahawanan dan memacu enjin pertumbuhan ekonomi pada masa depan.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) memberi penekanan kepada pemerkasaan ketersambungan serantau dengan memperhebat penglibatan dan peranan Malaysia di pentas ekonomi dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
4bulan ago
Daripada Harizah Hanim Mohamed
BUSAN, 24 Ogos (Bernama) – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga APEC (APEC EMM15) di Busan, Korea mengetengahkan aspirasi Malaysia untuk mencapai sasaran pelepasan gas rumah kaca sifar bersih menjelang 2050 dan menggariskan peranan negara dalam kerjasama tenaga serantau.
4bulan ago
Oleh M. Saraswathi
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) – Tenaga Nasional Bhd (TNB) memainkan peranan penting dalam merealisasikan inisiatif Grid Tenaga ASEAN (APG).
4bulan ago
PUTRAJAYA, 22 Ogos (Bernama) -- Program Kerjaya dan Keusahawanan Bioagrotek dan Biofarmaseutikal 2.0 (BeST 2.0) akan diperluas kepada subsektor bioteknologi baharu melibatkan teknologi kecerdasan buatan (AI), realiti terimbuh dan realiti maya (AR/VR) serta teknologi tenaga hijau, bagi memastikan modul latihan yang ditawarkan terus seiring dengan keperluan industri.