BERITA TERKINI   Orang ramai dibenar mohon kad fizikal Lesen Memandu Malaysia (LLM) tanpa kemuka bukti keluar negara bermula esok - MOT | BNM kekalkan OPR pada 2.75 peratus | Pelajar sekolah agama, pondok digalakkan kuasai teknologi baharu - PM Anwar | Plaza Tol Bestari Perdana di Lebuhraya Senai Desaru dibuka hari ini, tol percuma hingga selepas Aidilfitri - Nanta | Kementerian Luar sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas tren berkelajuan tinggi di Sepanyol pada 18 Jan lepas | 

Terdapat 1886 berita berdasarkan kata kunci carian " kumpulan"

Jurang Kadar Faedah FFR-OPR Mengecil, Daya Tahan Domestik Pemacu Momentum Ringgit

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Ringgit dilihat bergerak ke paras 4.00 hingga 4.15 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir 2025, selepas mengukuh enam peratus berbanding unit negara maju itu, sekali gus menjadikannya mata wang berprestasi terbaik dalam kalangan ASEAN selain mengesahkan lagi trajektori pengukuhannya.

Projek Ipoh Sentral Bakal Tawar Lebih 20,000 Peluang Pekerjaan

BATU GAJAH, 6 Nov (Bernama) -- Lebih 20,000 peluang pekerjaan bakal diwujudkan melalui projek pembangunan Ipoh Sentral yang dijangka menjadi pemangkin utama pertumbuhan ekonomi Perak dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Pembangunan Bakat Tempatan Kunci Kepada Kejayaan Industri Semikonduktor -- PM Anwar

CYBERJAYA, 6 Nov (Bernama) -- Kejayaan Malaysia dalam membangunkan industri semikonduktor bergantung kepada keupayaan negara melahirkan kumpulan bakat  tempatan yang berkemahiran tinggi dan mampu memenuhi keperluan pelabur global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pertumbuhan Industri Semikonduktor Malaysia Perlukan Sokongan Rangkaian Global - Anwar

CYBERJAYA, 6 Nov (Bernama) -- Industri elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor negara memerlukan sokongan rangkaian antarabangsa yang kukuh, khususnya dengan kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan China, bagi memastikan ia terus berkembang pesat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

AICB Gesa Kerjasama Rentas Sempadan Lebih Kukuh Untuk Perangi Peningkatan Kadar Jenayah Kewangan

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kadar jenayah kewangan yang meningkat menggariskan keperluan mendesak untuk kerjasama rentas sempadan dan seluruh ekosistem bagi menangani ancaman itu, kata Asian Institute of Chartered Bankers (AICB).

IJM Raih Kontrak Bina Sambungan Lebuhraya Pantai Baru Bernilai RM1.4 Bilion

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- IJM Corporation Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, IJM Construction Sdn Bhd meraih kontrak daripada New Pantai Expressway Sdn Bhd untuk mereka bentuk dan membina Sambungan Lebuhraya Pantai Baru  (NPE 2) yang bernilai RM1.4 bilion.

Silicon X Tempa Kejayaan Menerusi Ciptaan Cip FPGA Buatan Malaysia Pertama

GEORGE TOWN, 5 Nov (Bernama) -- Syarikat reka bentuk litar bersepadu (IC) tempatan, Silicon X Sdn Bhd mencatat pencapaian penting dalam industri semikonduktor negara dengan kejayaan ujian operasi pertama cip Field Programmable Gate Array (FPGA), sekali gus menandakan satu langkah besar ke arah merealisasikan aspirasi berteknologi tinggi Malaysia.

MHIT Terima Maklum Balas Menggalakkan Menjelang Dimuktamad Akhir Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Rangka dan konsep produk asas insurans/takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) yang dijangka dimuktamadkan pada akhir tahun ini telah menerima maklum balas yang menggalakkan daripada ahli majlis perundingan, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

PJBumi Tidak Tahu Punca Penurunan Harga Saham

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- PJBumi Bhd memaklumkan bahawa syarikat itu tidak menyedari sebarang perkembangan korporat yang mungkin mencetuskan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) sahamnya, susulan pertanyaan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd.

Wasco Greenergy Memeterai Perjanjian Dengan CIMB IB Dan Maybank IB Menjelang IPO

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Wasco Greenergy Bhd (Greenergy) telah memeterai perjanjian pengunderaitan dengan CIMB Investment Bank Bhd (CIMB IB) dan Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) untuk tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

IOI Corp Lantik Bekas Pengerusi Bursa Malaysia Sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- IOI Corporation Bhd telah melantik bekas Pengerusi Bursa Malaysia Bhd Tan Sri Abdul Wahid Omar sebagai Pengerusi Bukan Eksekutifnya, berkuat kuasa 5 Nov, 2025.

Binastra Terima Kontrak Pemasangan Mekanikal Pusat Data Bernilai RM188.53 Juta

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Binastra Corporation Bhd, iaitu Binastra Builders Sdn Bhd telah menerima kontrak bernilai RM188.53 juta daripada MYT DC3 Sdn Bhd bagi pemasangan mekanikal dan elektrikal fasa 2 untuk cadangan pembinaan projek pusat data.