2bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pelabur asing meneruskan penjualan bersih bagi minggu kedua berturut-turut di pasaran Asia minggu lepas, dengan aliran keluar bersih asing sebanyak US$1.74 bilion.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pada Isnin dalam keadaan pelabur mengambil pendekatan berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang dijadualkan pada 28 hingga 29 Oktober, kata penganalisis.
2bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan dengan jajaran kecil antara US$4,050 hingga US$4,100 setiap auns apabila para peserta pasaran menilai semula kedudukan mereka di tengah-tengah aktiviti pengambilan untung.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Indeks Pelopor Malaysia (IP) mencatatkan penurunan sebanyak 0.5 peratus kepada 113.7 mata pada Ogos 2025 daripada 114.3 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan prestasi positif pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS).
2bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia pulih daripada penurunan sebelumnya untuk ditutup pada paras tertinggi intra harinya hari ini, disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah yang sederhana dalam beberapa saham wajaran tinggi indeks utama.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia menyaksikan dagangan dalam julat kecil dan rendah pada tengah hari ini, menjejaki prestasi suram Wall Street di tengah-tengah sentimen menolak risiko, kata penganalisis.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Semakan cukai eksais mengikut penilaian pasaran terbuka (OMV) yang dijadual dilaksanakan pada Januari 2026 dijangka ditangguhkan untuk kali kelima, kata RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada awal dagangan hari ini namun kemudiannya meningkat sedikit, didorong oleh minat belian terutama dalam kaunter perladangan dan pembinaan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka selesai melaksanakan pembuktian konsep untuk mata wang digital bank pusat (CBDC) borong domestik menjelang akhir tahun ini, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan penurunan di pasaran tunai pendasar.
2bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini, mencerminkan prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau, di tengah-tengah pemulihan harga minyak mentah dan penurunan ringgit berbanding dolar US, kata seorang peniaga.